Penggunaan mana-mana peranti teknologi seperti telefon pintar dan tablet secara berlebihan semestinya memberi akibat dan kesan yang buruk khasnya dalam aspek kesihatan mata. Oleh kerana itulah, ibu bapa haruslah bersikap tegas dengan anak-anak dan mengawal penggunaannya.

Terdedah daripada usia yang muda, ia mampu menyebabkan masalah penglihatan seperti rabun yang serius. Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun baru-baru ini dilaporkan mengalami masalah rabun jauh pada mata kanannya sehingga mencecah 2,400 darjah.

Gambar Hiasan/Pixabay

Menurut laporan, remaja terbabit Xiaoyan, yang berasal dari Dongguan, China itu mengalami masalah miopia atau rabun jauh di mana mata kanannya berada pada tahap 2,400 darjah manakala mata kirinya pula 2,300 darjah ekoran ‘ketagih’ menggunakan telefon bimbit.

Walaupun saiz tulisan telah dibesarkan, namun Xiaoyan perlu berada pada jarak 15 sentimeter untuk melihat sesuatu secara jelas manakala pada waktu malam pula, ia agak mencabar kerana remaja terbabit tidak nampak apa-apa.

Difahamkan bahawa ibu bapa remaja berkenaan merupakan petani. Oleh yang demikian, ketika sedang sibuk mengerjakan tanaman, mereka sering terlepas pandang dalam menjaga anak mereka. Keengganan untuk memakai cermin mata juga menyebabkan masalah miopia ini makin meningkat dalam kalangan remaja saban tahun.

Gambar Hiasan/Pixabay

Remaja berkenaan akhirnya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan apabila tahap penglihatannya makin memburuk saban hari. Hasilnya, doktor mendapati bahawa struktur pada mata Xiaoyan telah mengalami kecacatan teruk.

Menurut doktor, panjang mata manusia secara normalnya ialah 24 milimeter, dan untuk setiap peningkatan 1 milimeter, miopia meningkat sebanyak 250 hingga 300 darjah. Manakala bola mata Xiaoyan telah mencapai 31.5 milimeter panjang. Retina pula berisiko untuk berlubang atau tercarik.

Selepas mengkaji sedalamnya, doktor memutuskan untuk memasang ‘wafer’ di belakang bola mata remaja berkenaan melalui satu pembedahan bagi mengelakkan miopia daripada terus menjadi lebih parah apabila dia dewasa kelak.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular