BUSAN – Ekoran kandungan hidrogen sulfida yang tinggi di dalam sebuah tandas awam, seorang gadis yang juga merupakan seorang pelajar tempatan dilaporkan pengsan setelah memasukinya.

Insiden berkenaan difahamkan telah berlaku di dalam tandas awam di kawasan pusat perikanan Millak-dong, Busan kira-kira jam 3:30 pagi pada 27 September yang lalu.

Selepas tidak keluar daripada tandas, kawan lelakinya berasa bimbang lalu memasuki tandas dan mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri di dalamnya.

Gambar Hiasan/Photo-AC

Mangsa kemudian dibawa keluar daripada tandas lalu diberikan bantuan pernafasan oleh kawan lelakinya. Mangsa yang telah mendapatkan rawatan selama dua bulan di hospital selepas itu, didapati koma dan masih tidak sedarkan diri.

Rawatan yang diberikan pula tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif. Mangsa akhirnya dilaporkan meninggal dunia pada 27 September lalu ekoran kecederaan otak anoksik berpunca daripada keracunan gas hidrogen sulfida.

Keluarga mangsa menjelaskan bahawa teman lelaki anak mereka yang memberikan bantuan awal tersebut turut pengsan setelah terdedah dengan gas toksik di dalam tandas berkenaan.

Menurut wakil syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam pembersihan tandas berkenaan, tangki septik pada tandas tersebut sedang dalam proses pembaikian dan penyelenggaraan pada sekitar jam 3-4 pagi.

Sewaktu proses berkenaan berlangsung, gas hidrogen sulfida didapati telah terkeluar ekoran bocor dan masuk ke tandas awam melalui lubang pada bawah tanah.

Difahamkan bahawa gas hidrogen sulfida pada lokasi insiden tersebut dikesan berada pada kadar yang sangat tinggi – 1,000 ppm, iaitu 60 kali ganda lebih tinggi daripada standard keselamatan yang ditetapkan iaitu 15 ppm.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular