KUALA LUMPUR: Penjawat awam dan siswazah baharu kini berpeluang memiliki pelbagai jenis kereta proton terpilih apabila Proton Holding Bhd dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menawarkan pakej pembiayaan istimewa berkenaan sehingga hujung tahun ini.

Pakej pembiayaan sehingga 100 peratus telah bermula sejak 15 Ogos lalu sehingga 31 Disember ini yang membolehkan golongan tersebut mendapat pembiayaan sehingga 100 peratus.

Pengarah Jualan Korporat Proton, Fazli Hisham Shukor Proton berkata, pakej berkenaan terdiri daripada dua kadar pembiayaan istimewa, iaitu ‘An-Naqlu 1’ menawarkan 90 peratus pembiayaan bermula pada kadar yang menarik sebanyak 2.88 peratus setahun manakala ‘An-Naqlu 2’ yang menyediakan 100 peratus pembiayaan bermula pada 3.30 peratus

“Tawaran istimewa itu terhad kepada  siswazah baharu berumur antara 20 dan 30 tahun, dan penjawat awam berumur 18 hingga 60 tahun untuk pembelian Proton Persona, Iriz, Exora dan Saga,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Fazli berkata, tawaran tersebut merupakan kerjasama istimewa yang dirangka syarikat untuk membantu pemilikan yang mudah buat peminat Proton.

“Di bawah skim istimewa ini, Bank Rakyat menawarkan kelulusan pembiayaan yang mudah kepada pelanggan, manakala Proton menjadikannya lebih menarik dengan pakej servis percuma sehingga dua tahun, bergantung kepada model yang mereka pilih.

“Saga ditawarkan dengan servis percuma selama setahun, manakala Persona, Exora dan Iriz selama dua tahun, termasuk upah buruh dan alat ganti percuma,” katanya.

Dalam masa sama, pelanggan Proton juga berpeluang meraih manfaat daripada pakej insurans yang dipertingkatkan.

“Mendapat kerjasama Etiqa Takaful dan Zurich Takaful, Program Insurans Proton menyediakan perlindungan istimewa kepada pelanggan yang termasuk perlindungan penjagaan utama, elaun bantuan banjir dan perlindungan untuk semua pemandu, termasuk jaminan sifar lebihan caj untuk kereta Proton sehingga 10 tahun,”ujarnya lagi.

Sehubungan itu, pelanggan yang berminat dengan pakej pembiayaan istimewa ini boleh mengunjungi semua cawangan Proton di seluruh negara, manakala syarikat yang berminat boleh menghantar permohonan mereka ke corporatesales@proton.com.

Sumber: Astro Awani, Bernama

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES

Video Popular