SULAWESI: Seorang pelajar dilaporkan meninggal dunia selepas dikenakan hukuman oleh gurunya kerana lewat sampai ke sekolahnya di Mapanget barat, baru-baru ini.

Kejadian pada 1 Oktober lalu itu berlaku selepas pelajar berusia 14 tahun tersebut bersama lima lagi rakannya dikatakan lewat tiba di sekolah menyebabkan gurunya mengenakan hukuman supaya mereka sekumpulan mengelilingi padang sebagai hukuman kerana lewat ke sekolah.

Namun ketika menyelesaikan hukuman berkenaan, Fanly Lahingide yang merupakan pelajar MP Kristen 46 dan menetap di Perumahan Tamara, Kelurahan Mapanget Barat, Lingkungan VIII, Kecamatan Mapanget, Kota Manado, Sulut itu dilapor pengsan.

Fandy tersebut kemudian dikejarkan segera ke Rumah Sakit Auri sebelum dirujuk ke Rumah Sakit Prof Kandau, Sulawesi Utara.

Namun dalam perjalanan remaja berkenaan dilaporkan meninggal dunia kira-kira 8.40 pagi.

Terdahulu, Fandy yang terlalu penat berlari meminta kepada guru tersebut untuk berehat sekejap sebelum menyelesaikan larian di padang sekolah namun dihalang oleh gurunya dan mahu dia menghabiskan larian berkenaan.

Sementara ibunya, Julin Mandiagan mengetahui kejadian yang berlaku ke atas anaknya selepas dua jam kemudian berkata, anknya sempat menjamah sarapan pagi kira-kira 6.30 pagi sebelum ke sekolah.

“Saya berharap tiada lagi anak orang lain diperlaku seperti anak saya dan polis perlu menyiasat kejadian dan mengenakan tindakan kepada guru yang bertanggungjawab,”ujarnya wanita berusia 46 tahun itu.

Sumber: Medan.tribunews.com, say.com

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular