HONG KONG – Pada 24 September kira-kira jam 4 petang, pengamal Falun Gong bernama Liao Qiulan telah diserang oleh dua orang samseng di kawasan kejiranan Lai Chi Kok di Hong Kong. 

Setelah dipukul beberapa kali dengan baton yang boleh dipanjangkan, kepala Liao Qiulan telah mengalami kecederaan dengan pendarahan yang tidak dapat dihentikan. Insiden tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis.

Jurucakap Persatuan Falun Dafa Hong Kong, Kan Hung-chueng membuat satu kenyataan bahawa baru-baru ini, Parti Komunis China (PKC) telah bertindak memperluaskan penganiayaan terhadap Falun Gong dari Tanah Besar China ke Hong Kong. 

Beliau menyeru kepada masyarakat antarabangsa untuk memberi perhatian kepada peningkatan kekejaman dan keganasan Parti Komunis China di Hong Kong.

Pada petang 24 September, Liao Qiulan bersama dua rakannya telah ke Balai Polis Cheung Sha Wan untuk membincangkan pengeluaran permit bagi menjalankan aktiviti Falun Gong pada 1 Oktober. 

Falun Gong yang juga dikenali sebagai Falun Dafa, adalah amalan meditasi damai di mana para pengamalnya mengikuti prinsip ‘Sejati-Baik-Sabar’. Sejak Parti Komunis China mula mengenakan penindasan serta penganiayaan ke atas Falun Gong pada bulan Julai 1999, para pengamal di Hong Kong secara aktif telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang memperkenalkan meditasi tersebut kepada orang awam, serta menentang penganiayaan di Tanah Besar China.

Ketika wanita-wanita ini dalam perjalanan pulang selepas pertemuan itu, mereka telah berjalan kaki di Jalan Cheung Shun, apabila mereka melihat dua orang tidak dikenali telah menuju ke arah mereka dari arah bertentangan. 

YouTube | Epoch Times

“Ho dan saya berada di hadapan, manakala Liao berjalan di belakang kami,” kata Lau.

Menyedari kedua-dua lelaki ini yang memegang baton panjang dengan muka mereka ditutup kain hitam, Lau mula menjadi sangsi dan curiga. 

“Mereka melalui Ho dan saya, dan terus menerjah Liao. Mereka memukulnya dengan baton panjang itu sebanyak beberapa kali. Kami telah menjerit meminta mereka supaya berhenti memukul dan membalas pukulan itu dengan beg kami. Tetapi kedua-dua lelaki itu pantas berjaya melarikan diri dengan menaiki kenderaan putih,” kata Lau.

Akibat terkena pukulan yang bertubi-tubi itu, kepala Liao telah mengalami kecederaan dengan pendarahan tanpa henti. Ketiga-tiga wanita ini telah melaporkan serangan itu kepada pihak polis.

YouTube | Epoch Times

Walaupun Falun Gong bebas diamalkan di Hong Kong, organisasi pro-Parti Komunis China seperti Youth Care Association (YCA) telah didapati mencampuri urusan dan mengganggu kegiatan pengamal Falun Gong. Kan Hung-chueng percaya bahawa serangan ini juga diperintahkan oleh entiti Parti Komunis China.

“Berdasarkan kejadian ini dan dari apa yang telah berlaku di Hong Kong dalam beberapa bulan yang lalu, kita dapat melihat bahawa Parti Komunis China bukan sahaja menindas Falun Gong dan mereka yang tidak bersalah di China, malahan semakin meningkatkan kerja tangan hitam dan taktik tidak tahu malu mereka ke Hong Kong,” kata Kan.

Dengan membuat gesaan supaya pihak berkuasa tempatan membawa penyerang ke muka pengadilan, Kan berkata, “Seluruh dunia menjadi saksi kepada semua ini, bahawa penganiayaan dan penindasan terhadap warga Hong Kong sedang berada dalam pandangan dunia yang jelas.”

The Epoch Times

Para pengamal Falun Gong di Hong Kong mengadakan pelbagai acara setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran terhadap penindasan Falun Gong selama 20 tahun di Tanah Besar China. Acara-acara ini termasuk memperingati rayuan aman tahun 1999 pada setiap 25 April, dan ketika penganiayaan tahun 1999 bermula pada setiap 20 Julai, serta Hari Falun Dafa Sedunia pada 13 Mei dan pelbagai acara lain.

 

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL Kebenaran

Video Popular