KUALA LUMPUR:  Beberapa bank komersil utama telah mula mengenakan bayaran tambahan RM2 untuk transaksi pembayaran kad kredit dan pembiayaan di kaunter manakala RM0.50 untuk transaksi menggunakan mesin deposit tunai (CDM).

Bayaran tambahan tersebut bagaimanapun tidak ditunjukkan pada slip pembayaran, sebaliknya ia dicaj ke dalam akaun peminjam.

Gambar Hiasan/YouTube

Caj tambahan tersebut akan dikuatkuasakan 1 Oktober depan sekali gus semua pelanggan akan dikenakan caj tertentu.

Gambar Hiasan/MaxPixel

Malayan Banking Bhd (Maybank) pada 25 Mac lalu mengeluarkan notis bahawa caj berkenaan akan dikuatkuasakan pada 1 Oktober ini.

Maybank berkata, caj transaksi bagi pembayaran kad kredit dan pembiayaan pinjaman di kaunter bank berkenaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 bermula 1 Oktober 2019.

Maybank turut mengenakan bayaran sebanyak 50 sen bagi pembayaran kad kredit dan pembiayaan pinjaman melalui mesin smart recycle (SRM) atau CDM pada tarikh yang sama.

April lalu, Public Bank juga telah memulakan langkah itu lebih awal dengan mengenakan bayaran ke atas pembayaran balik pinjaman dan kad kredit menggunakan wang tunai dan cek.

Dalam masa sama, caj tersebut dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan perbankan Internet kerana tiada caj tambahan akan dikenakan dengan kebenaran daripada pihak BNM.

Pastinya caj tambahan ini sedikit sebanyak akan menyukarkan pelbagai pihak, terutama mereka yang tidak menggunakan perbankan internet.

Namun kedua-dua bank komersial terbabit masih lagi menawarkan servis percuma untuk pemindahan dana elektronik sedia ada bagi tujuan pembayaran melalui internet atau perbankan mudah alih.

Sumber: Sinar Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular