Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @kayzkaela telah berkongsi satu peristiwa yang agak mencemaskan melalui satu tweet lengkap bergambar pada 19 September lalu yang menunjukkan terdapat seorang lelaki dipercayai penagih dadah tertidur di dalam kereta.

@kayzkaela/Twitter

Penjenayah terbabit pada mulanya telah bertindak dengan memecah masuk kawasan rumah mangsa sekitar waktu awal pagi kemudian telah beralih ke dua buah kereta yang berada di dalam halaman rumah berkenaan.

Menurut pengguna Twitter terbabit, barang-barang peribadi yang terdapat di dalam kereta milik bapa dan abangnya habis dipunggah oleh suspek dan didapati berselerak. Mujurlah, tiada apa barang yang hilang diambil oleh suspek.

@kayzkaela|Twitter

Kejadian yang dipercayai berlaku di Klang tersebut mula disedari oleh ibu pengguna Twitter berkenaan pada jam sekitar 7:30-8:00 pagi yang kemudiannya menghubungi pihak polis. Mujurlah pihak polis segera tiba di lokasi bagi memberkasnya.

Tambah pengguna Twitter itu lagi, suspek berada dalam keadaan ‘tidur mati’ dan langsung tidak sedarkan diri walaupun setelah bapanya menjerit. Pihak polis juga terpaksa menghampiri suspek dan terus mengejutkannya daripada jarak dekat.

@kayzkaela|Twitter

Gadis itu turut mendedahkan bahawa kedua-dua kereta berkenaan tidak dikunci membuatkan ia senang dimasuki oleh suspek untuk digeledah.

Tambah menggerunkan apabila ibu gadis itu sempat menegur kerana menyangka suspek merupakan suami atau anak lelakinya.

@kayzkaela|Twitter

Ciapan berkenaan tular dan mendapat perhatian netizen di mana ia telah di-retweet sebanyak 6,400 kali dan menerima tanda suka sebanyak 4,000.

Ternyata gadis berkenaan sangat bersyukur kerana Tuhan telah melindungi keluarganya.

Sumber: @kayzkaela|Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular