KUALA LUMPUR: Sebanyak 100 buah kenderaan yang disita dengan pelbagai kesalahan akan dilelong oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) di Dewan Merpati, di sini, bulan depan.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia/Facebook

Ketua Pengarahnya Datuk Ismail Mohd. Zawawi berkata, lelongan berkenaan membabitkan 66 buah kereta dan 34 motosikal bagi siri kedua 2019, pada 9 Oktober depan.

Dokumen Buku Lelongan kenderaan itu akan dijual mulai 25 September hingga 8 Oktober ini dengan harga RM50 di Unit Kewangan JPJ Kuala Lumpur bermula 8.30 pagi hingga 4 petang.

“Kenderaan sita itu pula boleh dilihat pada 7 dan 8 Oktober bermula 10 pagi hingga 3.30 petang.

“Terdapat 66 kereta iaitu 64 daripadanya kereta klon yang boleh didaftarkan semula manakala dua tidak boleh didaftarkan (scrap) berikutan masalah nombor casis.,”katanya.

Tegas beliau antara kenderaan terbabit adalah BMW, Toyota Wish, Honda Jazz selain motosikal Honda Wave dengan harga sitaan bermula RM100.

“Bagi motosikal 33 boleh didaftarkan manakala satu tidak boleh didaftarkan,” katanya.

Pihaknya mensasarkan bagi lelongan siri kedua ini sebanyak RM1 juta.

 “Pada lelongan siri pertama 30 April lalu kita berjaya mengutip RM1.053 juta dengan 100 kenderaan dilelong iaitu 74 kereta dan 26 motosikal.

Sumber: TheStarJabatan Pengangkutan Jalan Malaysia/Facebook

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular