JOHOR BAHRU – Pengunjung salah sebuah kompleks membeli-belah terkenal di Mid Valley Southkey, Johor Bahru dikejutkan dengan satu insiden kebakaran di salah satu ruang pameran di dalam pusat membeli-belah itu.
Dalam kejadian yang dilaporkan berserta beberapa rakaman video daripada para pengunjung, menunjukkan perkakas pameran seperti perabot bilik tidur dan tilam berjenama mewah di ruang pameran musnah dijilat api.
Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat insiden kebakaran yang dilaporkan berlaku pada jam 2.25 petang, 18 September.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Haizrul Rahmad kepada media, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor telah menghantar sebuah jentera bersama tujuh anggota bomba sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan tersebut.
Kata Haizrul , “Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati kebakaran sudah dipadamkan oleh pihak pengurusan bangunan. Kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan sistem pancur dan empat unit alat pemadam api jenis debu kuning.”
“Punca kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” tambahnya dalam kenyataan media itu.
I dont know who’s vid is this but I got the vid from family’s ws group
Midvalley, johor is on fire pic.twitter.com/tn8BCAG09i
— 나나 ‘ㅅ’ 큥 🐶 (@qritqorgus) 18 de setembre de 2019
Rakaman video kebakaran ruang pameran pusat membeli-belah berkenaan menjadi tular di media sosial selepas insiden itu dimuat naik oleh beberapa pengunjung yang berada tempat kejadian.
Promotion area Mid Valley Southkey JB terbakar guys🔥🔥 pic.twitter.com/I5dK1m8leh
— Mufasa 🦁 (@Shxhrlkamal) 18 de setembre de 2019
Sumber : Twitter, Berita Harian
Maybe you're interested :