PALEMBANG: Seorang bayi berusia empat bulan dilaporkan meninggal dunia selepas sesak nafas berikutan keadaan jerebu teruk di kawasan kediamannya, baru-baru ini.

Memetik CNN Indonesia, Elsa Fitaloka meninggal dunia akibat jangkitan saluran pernafasan ketika sedang menerima rawatan di hospital Rumah Sakit Ar-Rasyid, 15 September lalu.

Terdahulu bayi empat bulan itu mengalami sesak nafas menyebabkan keluarganya membawanya ke Rumah Sakit Ar-Rasyid untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia kira-kira 6.30 petang, Ahad lalu.

“Pakar memaklumkan kematiannya akibat jangkitan pernafasan akut (ISPA) yang berpunca daripada bakteria.

“Tetapi, kita belum dapat pengesahan kerana pemeriksaan menyeluruh belum dilakukan ke atasnya,” kata wakil kampungnya Talang Buluh, Agus Darwanto.

Menurutnya, Elsa yang merupakan anak kepada pasangan, Nadirun dan Ita Septiana itu dilahirkan normal dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan, sebelum ini.

Namun masalah pernafasan itu menyerangnya secara tiba-tiba berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, Ketua Agensi Kesihatan Banyuasin, M. Hakim berkata, Elsa dipercayai meninggal kerana jangkitan saluran pernafasan atau bakteria.

Namun masih dalam siasatan dan belum dimuktamadkan.

“Kami menggesa penduduk memakai topeng muka kerana kualiti udara kini berada pada tahap berbahaya,” tegasnya.

Kawasan kampung yang didiami mangsa, Elsa diselubungi jerebu toksik sejak beberapa minggu lalu .

Keadaan berkenaan turut menjejaskan kira-kira 800 penduduk di kampung Desa Talang Buluh yang kini dipenuhi asap tebal berpunca daripada ‘karhutla’, atau kebakaran hutan dan ladang.

Jerebu turut menyelubungi beberapa negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura.

Sumber: CNN

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular