INDONESIA – Kerajaan Indonesia telah menutup 30 buah kawasan perladangan yang dipercayai bertanggungjawab kepada kebakaran yang melanda negara berkenaan, khususnya di kawasan Kalimantan.

 

Syarikat-syarikat perladangan berkenaan, termasuk syarikat yang berpangkalan di Singapura dan empat firma yang bergabung dengan kumpulan korporat Malaysia, berada di bawah pengawasan dan kini sedang menunggu keputusan hukuman yang bakal dikenakan.

Kebakaran yang melanda tersebut mungkin berguna buat para petani namun ianya telah memusnahkan hampir keseluruhan habitat haiwan seperti orang utan Sumatra. Kini, sekitar 7,500 ekor sahaja bilangan orang utan dan bilangannya berkurangan disebabkan oleh aktiviti penyahutanan.

TOPSHOT – A picture taken in Kampar, in Sumatra island’s Riau province on September 16, 2019 shows smouldering peatland following fire. – Indonesia has arrested nearly 200 people over vast forest fires ripping across the archipelago, police said on September 16, as toxic haze sends air quality levels plummeting and sparks flight cancellations. The culprit behind Indonesia’s blazes is usually illegal fires set to clear land for the lucrative palm oil and pulpwood industries. (Photo by ADEK BERRY / AFP) (Photo credit should read ADEK BERRY/AFP/Getty Images)

Keadaan ini agak membimbangkan kerana orang utan memainkan peranan yang penting dalam memelihara keseimbangan hutan, di mana mereka membantu dalam menyebarkan benih di seluruh kawasan hutan yang mereka diami.

 

PALANGKARAYA, INDONESIA – SEPTEMBER 15: Borneo orangutans (Pongo pygmaeus) are seen in Salat island as haze from the forest fires blanket the area at Marang on September 15, 2019 in the outskirts of Palangkaraya, Central Kalimantan, Indonesia. Illegal blazes to clear land for agricultural plantations have raged across Indonesia’s Sumatra and Borneo islands as recent satellite data showed that the number of forest fires have jumped sharply, adding concerns on the smog across South-East Asia and the impact of increasing wildfires outbreaks worldwide due to global warming. (Photo by Ulet Ifansasti/Getty Images)

Kebakaran besar yang terjadi itu juga mendatangkan isu lain seperti asap jerebu yang bukan sahaja merisikokan kesihatan penduduk dan haiwan di sekitar, malah ianya turut merebak dan menyebabkan jerebu di beberapa buah negara jiran.

Keadaan diburukkan lagi apabila kebanyakan kawasan di Indonesia terdedah dengan kebakaran ekoran tanah gambut yang mudah terbakar selain kawasan ladang kelapa sawit yang mungkin menyukarkan proses pemadaman.

Kebakaran itu difahamkan dilakukan dengan sengaja agar pemilik ladang dapat ‘membersihkan’ tanah bagi proses penanaman seterusnya. Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan, Siti Nurbaya Bakar menjelaskan bahawa pihaknya akan mendakwa beberapa syarikat yang dipercayai memulakan kebakaran ini.

Tindakan berkenaan dibuat setelah beliau menafikan jerebu yang melanda negara jiran seperti di Malaysia, Singapura dan Brunei adalah dari Indonesia, sambil menyatakan bahawa titik panas turut dikesan di Malaysia.

Hal ini menyebabkan menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim Malaysia, Yeo Bee Yin membalas semula kenyataan dengan menyertakan data yang membuktikan bahawa jerebu di beberapa negeri di Malaysia berasal dari Indonesia.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular