LONDON: Sebuah mangkuk tandas diperbuat daripada emas tulen 18 karat dilaporkan hilang dari Istana Blenheim, London, baru-baru ini.

Tandas bernilai 1 juta pound (kira-kira RM5.2 juta) yang merupakan rekaan artis kontroversi Itali, Maurizio Cattelan itu dilarikan 13 September lalu dan sehingga kini masih belum ditemukan.

Leon Neal/Getty Images

Tandas luar biasa itu merupaan sebahagian daripada pameran terbaharu di Oxfordshire, iaitu tempat kelahiran bekas perdana menteri Winston Churchill.

Menariknya, pelawat yang mengunjungi Istana Blenheim berpeluang menggunakan tandas terbabit dengan peruntukan masa selama tiga minit.

Polis Thames Valley, Richard Nicholls mengesahkan khazanah berharga itu dicuri dan kes masih disiasat.

Katanya, mangkuk tandas  yang diperbuat emas telah hilang dicuri kira-kira jam 5 pagi (0400 GMT), 13 September lalu.

“Beberapa perompak yang membawa dua kenderaan telah memecah masuk tempat kelahiran pemimpin perang dunia kedua, Winston Churchill dan mencuri tandas tersebut. 

Mangkuk tandas yang dinamakan “America”, sebelum ini dipamerkan di bilik kecil di Muzium Guggenheim, New York, yang mana lebih 100,000 pengunjung berpeluang menggunakannya.

Selepas hasil siasat, seorang lelaki berusia 66 tahun ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

Sehingga kini, suspek masih berada dalam tahanan polis.

Kecurian ‘luar biasa’ itu turut mendapat perhatian syarikat pereka istana, Eventsitedesign yang mengumumkan kehilangan berkenaan di Twitter.

Sementara itu, Istana Benheim pula terpaksa ditutup sementara kepada umum berikutan kejadian dan boleh dikunjungi pada Isnin (16 September).

Sumber: Astro Awani, Berita Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular