BANTING: Seorang pemandu wanita berdepan detik mencemaskan apabila didatangi lima lelaki yang cuba merompak dirinya ketika baru memasuki kawasan parkir di rumahnya.

Menerusi rakaman kamera Litar Tertutup (CCTV),  kejadian tersebut berlaku di sebuah taman perumahan di bandar Banting pada 12 September lalu.

Kejadian menakutkan itu berlaku ketika seorang wanita yang dipercayai baru pulang bekerja sedang memasuki kawasan parkir di rumah sebelum didatangi sekumpulan perompak yang menaiki kereta jenis Vios tiba di belakang kenderaannya.

Kereta perompak berkenaan cuba menghalang kenderaan wanita dengan cara memakirkan keretanya di belakang kereta wanita berkenaan.

Manakala seorang daripada lelaki keluar dari kereta vios dengan sebilah parang dan cuba mendekati wanita dengan cara memecahkan pintu tingkap pintu utama.

Namun tindakan pantas wanita terbabit dengan cara mengundur kereta akhirnya menyelamatkan dirinya.

Malah seorang daripada perompak tersebut yang lengkap memakai topeng muka dilihat terus menghentakkan tingkap di bahagian pemandu manakala dua lagi perompak kembali memasuki kenderaan terbabit.

Perompak berkenaan dilihat panik selepas didatangi sebuah motosikal yang melalui kawasan berkenaan menyebabkan mereka melarikan diri.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular