Tanpa para perokok sedari atau dengan sengaja tidak mahu menyedari, rokok adalah antara penyebab kepada beberapa penyakit kronik yang mampu membawa maut. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, seramai 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun disebabkan penyakit yang berkaitan secara langsung dengan tabiat merokok.

Sejumlah 49 peratus lelaki dewasa di Malaysia terdiri daripada perokok. Tabiat ini mendatangkan risiko didiagnos penyakit kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung.Tabiat merokok tidak memberi apa-apa manfaat kepada kesihatan, justeru tindakan berhenti merokok sebelum ia membawa kemudaratan kepada kesihatan adalah langkah terbaik.

Gambar Hiasan | Unsplash

Namun begitu, sekiranya seseorang itu membuat keputusan untuk berhenti rokok, ia bukan satu tindakan yang mudah.

Fakta ringkas mengenai keputusan berhenti merokok :

Berhenti merokok tanda seseorang itu akan menahan ketagihan dan mengawal pemikiran supaya berhenti mengambil sebarang produk berunsur nikotin.

Untuk mencapai kejayaan, seorang perokok perlu merangka rancangan untuk mengatasi rasa ketagihan dan mengubah tabiat.

Manfaat berhenti merokok boleh dirasai seawal 1 jam selepas seseorang itu meninggalkan rasa ketagihan kepada sebatang rokok.

Perokok yang mula berhenti merokok di usia yang lebih awal, mampu menurunkan risiko menghidapi penyakit kanser dan penyakit jantung.

Berikut adalah garis masa yang membawa perubahan kepada tubuh badan apabila seseorang itu berhenti merokok :

Gambar Hiasan | Unsplash

Selepas 1 jam.

Dalam jangka masa seawal 20 minit, kadar degupan jantung akan menurun dan kembali normal. Tekanan darah mula menurun dan peredarannya mula menunjukkan perubahan.

Selepas 12 jam.

Rokok mengandungi pelbagai toksin termasuk karbon monoksida. Gas ini amat berbahaya dan membawa mudarat sekiranya diambil secara berlebihan sehingga menghalang perjalanan oksigen daripada memasuki paru-paru dan darah sehingga seseorang itu boleh mengalami kekurangan oksigen.

Selepas 12 jam tanpa rokok, kandungan karbon monoksida akan mula disingkirkan dari tubuh badan dengan peningkatan kadar oksigen.

Selepas 1 hari.

Hanya 1 hari selepas berhenti merokok, risiko serangan jantung mula berkurangan.

Merokok menimbulkan risiko menghidap penyakit jantung dengan menurunkan kolesterol baik, yang menjadikan kadar degupan jantung sihat semakin berkurangan. Merokok juga meningkatkan tekanan darah serta pembekuan darah yang membawa kepada peningkatan risiko mendapat strok.

Dalam masa 1 hari selepas anda berhenti merokok, tekanan darah seseorang mula menurun, mengurangkan risiko penyakit jantung akibat tekanan darah yang disebabkan oleh tabiat merokok. Dalam masa singkat, paras oksigen seseorang akan meningkat,menjadikan aktiviti fizikal dan senaman lebih mudah dilakukan.

Selepas 2 hari.

Merokok merosakkan sistem hujung saraf yang bertanggungjawab terhadap deria bau dan rasa. Dengan sekurang-kurangnya 2 hari selepas berhenti merokok, seseorang itu dapat merasai deria bau dan rasa yang semakin meningkat serta sistem hujung saraf mulai sembuh.

Selepas 3 hari.

3 hari selepas berhenti merokok, paras nikotin dalam badan seseorang semakin merosot. Walaupun adalah lebih sihat seseorang itu tidak mempunyai nikotin dalam badan, pengurangan awal ini boleh menyebabkan pengeluaran nikotin yang sukar. Sekitar 3 hari selepas anda berhenti merokok, kebanyakan orang akan mengalami kesunyian dan kerengsaan, sakit kepala yang teruk dan keinginan ketagihan untuk merokok sebagai pembetulan badan.

Gambar Hiasan | Unsplash

Selepas 1 bulan.

Dalam masa satu bulan, fungsi paru-paru seseorang mula bertambah baik. Oleh kerana paru-paru sudah sembuh dan kapasitinya berubah, bekas perokok mungkin menyedari batuk mereka semakin berkurangan dan tiada lagi rasa sesak nafas. Peningkatan ketahanan bekas perokok ketika aktiviti senaman mungkin diperbaharui kerana aktiviti kardiovaskular, seperti berlari dan melompat telah berupaya dilakukan.

Selepas 1 hingga 3 bulan.

Untuk beberapa bulan selepas berhenti merokok, peredaran darah terus bertambah baik.

Selepas 9 bulan.

Sembilan bulan selepas berhenti merokok, paru-paru mula sembuh dengan ketara. Struktur halus, seperti rambut di dalam paru-paru yang dikenali sebagai ‘cilia’ telah mulai pulih daripada asap rokok yang sebelum ini mengambil tempat. Struktur ini membantu melancarkan lendir keluar daripada paru-paru dan melawan jangkitan.

Dalam jangka masa ini, banyak bekas perokok menyaksikan penurunan frekuensi jangkitan paru-paru kerana ‘cilia’ yang semakin sembuh telah melakukan tugas mereka dengan lebih mudah.

Gambar Hiasan | Pexels

Selepas 1 tahun.

Satu tahun selepas berhenti merokok, risiko seseorang untuk mendapat penyakit jantung koronari berkurangan sebanyak 50 peratus. Risiko ini akan terus menurun selepas lebih 1 tahun berlalu.

Selepas 5 tahun.

Selepas 5 tahun tanpa merokok, badan telah sembuh dengan sendiri apabila arteri yang sebelum ini menyempit dan saluran darah kini menjadi bertambah luas. Peluasan ini bermaksud berkemungkinan darah kurang membeku dan mengurangkan risiko menghadapi strok.

Risiko menghadapi strok akan terus berkurangan dalam tempoh 10 tahun akan datang apabila tubuh badan terus sembuh dengan lebih banyak lagi.

Selepas 10 tahun.

Selepas 10 tahun, peluang seseorang untuk mengembangkan risiko penyakit paru-paru dan meninggal dunia akibatnya semakin menurun dibandingkan dengan seseorang yang terus merokok. Kemungkinan seseorang itu mendapat kanser mulut, tekak, atau pankreas juga berkurangan.

Selepas 15 tahun.

Selepas 15 tahun berhenti merokok, kemungkinan penurunan untuk mengembangkan penyakit jantung koronari adalah sama dengan bukan perokok. Begitu juga, risiko menghidapi kanser pankreas telah dikurangkan ke tahap yang sama seperti bukan perokok.

Gambar Hiasan |Pexels

13. Selepas 20 tahun.

Selepas 20 tahun, risiko kematian akibat penyakit berkaitan merokok termasuk kedua-dua penyakit paru-paru dan kanser akan jatuh ke tahap seperti mana seseorang yang tidak pernah merokok dalam hidupnya. Juga, risiko menghidapi kanser pankreas juga telah dikurangkan kepada seseorang yang tidak pernah merokok.

Begitulah faedah kesihatan apabila seseorang itu berhenti merokok. Tidak perlu diterangkan dengan lebih lanjut dan panjang lebar lagi kerana merokok itu sememangnya tidak baik untuk kesihatan.

Sumber : Medical News Today

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular