Sarkas mungkin menjadi satu medium hiburan buat manusia namun realiti yang tersembunyi di sebaliknya dan apa yang berlaku kepada haiwan-haiwan ini pasti akan membuatkan ramai bersimpati dengan nasib makhluk yang tidak berdosa itu.

Mungkin ramai di antara anda tidak mempunyai pengalaman menonton pertunjukan sarkas namun anda pasti tahu bahawa ia melibatkan sekumpulan haiwan dan manusia yang membuat persembahan hiburan. Singa yang berlari membolosi lingkaran api, gajah yang boleh mengimbangkan manusia menggunakan belalainya, monyet yang melompat ke sana ke sini dan bermacam-macam lagi… Bayangkan betapa banyak latihan dan seksaan yang terpaksa dilakukan oleh haiwan-haiwan ini untuk menghasilkan persembahan yang sempurna?

Terdapat beberapa kaedah yang sering digunakan untuk melatih haiwan sarkas. Antaranya:

#1 Bullhook

One Green Plant

Bullhook merupakan alat yang sering digunakan ke atas gajah dan akan dimasukkan ke belakang telinga atau buku lali gajah untuk memberikan kesan kesakitan yang teramat sangat. Justeru, gajah di sarkas akan mendengar kata dan menjadi takut setiap kali melihat bullhook

#2 Rotan

Kevin Frayer/Getty Images

Rotan pula digunakan untuk menakutkan harimau, singa, beruang dan juga haiwan-haiwan lain. Pelatih akan menggunakan rotan untuk memukul haiwan-haiwan ini bagi ‘memberitahu’ mereka bahawa manusia adalah tuan.

#3 Rantai

YE AUNG THU/AFP/Getty Images

Jika haiwan ini tidak melakukan persembahan, mereka akan dirantai hampir setiap masa sehingga mengakibatkan luka pada buku lali gajah.

#4 Senjata elektrik

Weebly

Senjata kejutan elektrik ini digunakan untuk melatih haiwan sarkas. Jika haiwan gagal melakukan persembahan seperti yang manusia inginkan, mereka akan dikenakan renjatan elektrik berkali-kali sehinggalah sesuatu persembahan itu berjaya.

#5 Dibiarkan kelaparan

VYACHESLAV OSELEDKO/AFP/Getty Images

Makanan dan minuman hanya akan diberikan sekiranya haiwan sarkas berjaya menyelesaikan tugasan yang diperlukan. Perkara yang sama berlaku kepada haiwan seperti ikan lumba-lumba yang akan melakukan perbuatan seperti ‘merayu’ meminta makanan kepada pelatih atau pengunjung.

Namun, kisah yang berlaku baru-baru ini membuatkan ramai yang terkejut apabila seekor harimau yang terlepas dari sangkarnya ketika satu persembahan di China telah mati sebaik sahaja berjaya ditemui polis. Media melaporkan bahawa harimau yang dibesarkan di Yuanyang, wilayah Henan ini telah melarikan diri ke ladang jagung berdekatan.

South China Morning Post | Facebook

Setelah semalaman mencari, pihak polis akhirnya berjaya menemui haiwan tersebut dengan menggunakan bantuan dron, anjing pengesan dan peralatan penjejak suhu. Malah, kerajaan turut mengeluarkan arahan yang melarang penduduk sekitar untuk keluar dari rumah dan segera menghubungi pihak polis sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai harimau tersebut.

Keesokan paginya, harimau itu berjaya ditemui dan suntikan pelali telah diberikan bagi memudahkan proses memindahkan haiwan ini ke sebuah zoo yang terletak di Xinxiang. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan menuju ke zoo, harimau yang malang ini telah disahkan mati dan salah seorang penjaga zoo yang dikenali sebagai Feng mendakwa punca kematian berkemungkinan besar akibat dilanggar oleh kereta selepas harimau itu melarikan diri.

South China Morning Post | Facebook

Hal ini demikian kerana terdapat beberapa kesan kecederaan dalaman dilaporkan pada haiwan sarkas itu. Bagaimanapun, pihak zoo masih lagi menjalankan proses autopsi untuk pengesahan. Sementara itu, setelah siasatan dilakukan, dua penjaga sarkas telah ditahan atas kesalahan tidak mendaftarkan pertunjukan sarkas itu dengan pihak berkuasa tempatan.

Video yang tular sempat merakamkan insiden bagaimana harimau itu melakukan cubaan untuk melepaskan diri dari sangkar. Pada masa yang sama, dua penjaganya dilihat menggunakan batang kayu untuk memujuk haiwan ini agar masuk semula ke dalam sangkar namun tidak berjaya. Ramai penonton pada ketika itu menjerit ketakutan dan ada juga yang sudah angkat kaki dari pertunjukan itu…

Maybe you're interested :

Share

Video Popular