Tidak ramai yang boleh mengatakan bahawa mereka pernah terselamat daripada digilis oleh kereta kebal, tetapi Fang Zheng, boleh mengatakannya dan dia berbangga dengan semangat juangnya.

30 tahun yang lalu, Fang Zheng menjalani kehidupannya seperti orang biasa. Namun, pada hari ini, Zheng terpaksa duduk di atas kerusi roda kerana telah kehilangan sepasang kakinya semasa tragedi Protes Dataran Tiananmen.

In 1989, Fang Zheng was injured by a tank during the Tiananmen Square protests. Despite government pressure to lie about…

Posted by Oslo Freedom Forum on Tuesday, August 21, 2018

Kredit: Oslo Freedom Forum/Facebook

Pada 4 Jun 1989, sekitar jam 6 pagi, Zheng telah pergi ke Dataran Tiananmen di Beijing bersama rakan-rakan universitinya, dan pada ketika itulah mereka diserang oleh kereta kebal. Bom asap telah dilemparkan untuk mengaburkan penglihatan para penunjuk perasaan.

“Mereka melanggar kami dari belakang dan membunuh ramai orang di Chang’an Avenue, yang dalam masa yang sama telah mencipta tragedi besar,” kata Zheng, 52, kepada China Uncensored.

Zheng melihat seorang gadis yang lemah kerana menghidu asap yang banyak. Dia cuba untuk membantunya tetapi dia telah dilanggar oleh kereta kebal. Zheng berjaya menolak gadis itu ke tepi dan menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, dia tidak sempat untuk menyelamatkan diri.

“Perkara terakhir yang saya ingat adalah melihat tulang berwarna putih terkeluar dari kaki saya,” katanya. “Itu adalah imej terakhir sebelum saya hilang kesedaran.”

Kredit: Getty Images | AFP

Sebagai seorang mahasiswa di Universiti Sukan Beijing, dia dan rakan-rakannya telah pergi ke Dataran Tiananmen untuk memperjuangkan hak kebebasan, dan menyeru kejatuhan kegiatan rasuah dalam rejim China.

“Apabila berhadapan dengan kehendak rakyat, mereka memilih untuk menggunakan penindasan ketenteraan dan pertumpahan darah,” tambah Zheng.

Kemahuan mahasiswa bukan sahaja ditolak tetapi dikebumikan dengan penapisan maklumat dan propaganda. Walaupun kebanyakan rakyat China pada hari ini tidak mengetahui sehingga tahap manakah pertumpahan darah yang berlaku, namun laporan mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 10,000 nyawa telah terkorban.

“Ramai orang muda hampir tidak tahu apa yang berlaku pada masa itu.”

Kredit: Oslo Freedom Forum/Facebook

Sebagai seorang atlet, Zheng ingin menyertai pertandingan sukan antarabangsa untuk orang kurang upaya, tetapi haknya telah dilucutkan oleh Parti Komunis, kerana bimbang Zheng akan membuka mulut mengenai tragedi ini. Tidak cukup dengan itu, pasport Zheng juga disekat untuk keluar dari negara China.

Menjelang Sukan Olimpik Beijing 2008, wartawan asing berminat untuk mewawancara Zheng. Sebelum ketibaan seorang wartawan Jerman, Biro Keselamatan Awam memberitahunya bahawa mereka tahu mengenai wawancara yang akan datang – kemungkinan besar kerana mereka mengintip telefon Zheng atau telefon wartawan itu. Mereka turut memberitahu Zheng bahawa jika dia menolak untuk diwawancara dan tidak memperkenalkan wartawan kepada mangsa tragedi yang lain untuk ditemuramah, mereka akan memberikan pasportnya semula.

Zheng tidak membantah, dan akhirnya diberikan pasportnya semula pada 28 Ogos 2008. Dengan bantuan daripada kerajaan Amerika Syarikat, dia dan keluarganya telah berhijrah ke Amerika Syarikat.

Kredit: Getty Images | TOMMY CHENG

Wartawan akhirnya menerbitkan laporan mengenai ketibaannya di Jerman dan laporan mengenai masalah yang dihadapi oleh Zheng sehingga menyebabkan dia terpaksa menolak wawancara itu.

Apabila berbicara tentang Protes Dataran Tiananmen, ramai orang berfikir tentang “lelaki kereta kebal”, tetapi untuk Zheng, dia hanya mewakili satu bahagian sahaja. Realitinya adalah kebanyakan kereta kebal itu tidak berhenti.

“Saya berharap semua orang dapat mengingatinya,” katanya, sambil menambah bahawa dia mengenali 11 orang yang digilis sehingga mati, dengan yang lainnya cedera seperti dirinya.

“Bagi pelajar seperti saya yang cedera, perkara pertama yang mereka (parti) mahukan adalah untuk menutup mulut. Mereka tidak mahu kami memberitahu orang lain.”

“Mereka juga memberi tekanan kepada wanita muda yang saya selamatkan, sehingga dia takut untuk berjumpa saya, dan dia menafikan hakikat bahawa kami berada bersama-sama ketika kereta kebal itu datang.”

Tetapi Zheng tahu bahawa dia tidak boleh berdiam diri atas pembunuhan beramai-ramai yang diluluskan oleh negara ini. Untuk mengatakan perkara yang sebenar, dia ditangkap, rumahnya digeledah oleh polis, dia tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan, dan kebebasannya disekat sehingga akhirnya dia mendapat pasport untuk melarikan diri.

Tanja Porcnik/Facebook

“Kerajaan China mempunyai kuasa. Jika anda tidak memenuhi syarat, mereka akan menghalang anda dari pergi ke kolej, dari menamatkan pengajian, anda tidak boleh mendapatkan pekerjaan, anda tidak akan mendapat pendapatan, atau mereka akan meletakkan segala tekanan pada ahli keluarga anda.”

Perkara yang serupa tetapi lebih membimbangkan adalah mengenai nasib para pengamal Falun Gong di China, yang tertakluk kepada jenayah penuaian organ paksa di tangan kerajaan.

The Epoch Times | Youzhi Ma

Falun Gong adalah amalan meditasi dan ajaran moral yang bebas berdasarkan ‘Sejati, Baik, Sabar’. Amalan yang sihat ini menjadi sangat terkenal di China sehingga menyebabkan bekas diktator Cina, Jiang Zemin berusaha untuk menghapuskannya.

Sama seperti tragedi Protes Dataran Tiananmen yang ditapis maklumatnya, kata kunci Falun Gong, atau Falun Dafa, juga sangat ditapis. Kerajaannya menyifatkan amalan ini sebagai sesuatu yang buruk dan menggunakannya sebagai propaganda fitnah, yang dibuat oleh jabatan propaganda untuk mengelirukan rakyat Cina dan menghasut kebencian terhadap amalan yang tidak berbahaya.

Sebagaimana Zheng menderita untuk memberitahu orang ramai tentang kebenaran, pengamal Falun Gong juga diganggu. Selain itu, mereka juga dipenjarakan, diseksa, dan dibunuh kerana menyebarkan kebenaran penganiayaan Parti Komunis.

“Harga mengatakan kebenaran di China masih cukup tinggi, itulah realiti semasa,” kata Zheng.

Zheng berharap bahawa sistem yang lebih baik boleh menggantikan Parti Komunis China, tetapi dalam masa yang sama Zheng juga ragu-ragu tentang kemampuan harapan ini sehingga lebih ramai orang sama-sama mendedahkan jenayah rejim terhadap kemanusiaan dan menghapuskan propaganda dan kawalan pemikiran yang dilakukan oleh rejim ini sejak sekian lama.

China Unsensored/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kebenaran

Video Popular