PRADESH: Seorang wanita berusia 73 tahun muncul menjadi ibu paling tua di dunia selepas selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada 5 Ogos lalu menerusi pembedahan di sebuah hospital di bandar ini.

Pasukan doktor yang merawat wanita berkenaan menyifatkan kelahiran berkenaan sebagai ‘keajaiban perubatan’ selepas ibu berkenaan disahkan mengalami strok hanya beberapa hari selepas bersalin.

Memetik Dailymail, Mangayamma Yaramati dan suaminya, Sitarama Rajarao, menyifatkan mereka merupakan pasangan paling bertuah di dunia selepas bersalin menerusi kaedah tabung uji atau pembenihan in-vitro (IVF).

Terdahulu wanita itu ditahan di hospital sejak januari lalu berikutan pasukan doktor mahu memantau keadaan kesihatan dirinya sebelum selamat dilahirkan pasangan bayi kembar melalui kaedah pembedahan.

Sementara suaminya yang berusia 82 tahun berkata, kelahiran anak kecil itu hadiah dari Tuhan selepas mendengar doanya selama ini.

“Ini adalah rahmat dari Tuhan kerana saya kini telah menjadi bapa kepada dua bayi kecil.

“Tuhan telah menjawab doa saya selama ini dan Ini merupakan masa paling bahagia dalam hidup saya,”katanya penuh bangga.

Ditanya bagaimana mahu menguruskan bayi kecil berkenaan, dia menjelaskan yakin mampu menguruskan segalanya.

Kini, isterinya ditahan hospital selepas mengalami strok beberapa hari selepas selamat melahirkan bayinya.

Pasangan yang berkahwin sejak tahun 1962 itu tidak pernah berputus asa untuk memiliki anak sendiri dengan mencuba pelbagai kaedah.

Mereka akhirnya mencuba kaedah IVF selepas melihat keberkesanan rawatan berkenaan yang dilakukan jirannya dan berjaya hamil walaupun pada usia 55 tahun.

Pasangan itu kemudian berbincang dengan doktor walaupun telah mengalami menopaus sejak 25 tahun lalu.

Pasukan doktor kemudian menggunakan telur dari seorang penderma, yang disenyawakan dengan sperma suaminya dan dikandung dalam pusingan pertama rawatan berkenaan.

Januari lalu, Yaramati kemudian dimasukkan ke hospital dan kembar yang sihat selamat dilahirkan.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular