Siapa sahaja yang tidak sukakan ayam goreng? Masyarakat Malaysia daripada segenap lapisan umur sangat menggemari ayam goreng, tidak kiralah goreng sendiri di rumah, di kedai makan, kedai mamak, mahupun francais ayam goreng terkenal – Kentucky Fried Chicken (KFC).

Tetapi, kadang kala kita tidak bernasib baik apabila mendapat ketulan ayam yang bersaiz kecil, bukan? Jadi pengguna ini menerusi akaun Twitternya @sadrinaleon telah memuat naik tips daripada seorang bekas pekerja KFC yang berkongsi apa yang perlu anda lakukan jika mendapat ketulan ayam KFC yang kecil.

Menurutnya, jika anda makan di restoran KFC, jangan sentuh ayam tersebut dan minta ayam berkenaan ditukarkan dengan saiz yang kita mahu. Jika tidak dapat ditukar, minta sahaja wang anda dipulangkan.

Jika anda membelinya secara pandu lalu, periksa terus ayam goreng anda serta merta anda. Untuk lebih mudah, anda boleh pesan kepada pekerja untuk meletakkan ayam pada bungkusan paling atas agar anda senang memeriksanya.

Tambah bekas pekerja itu lagi, keadaan ini biasanya berlaku ekoran pekerja yang membasuh, menggoreng dan meletakkan ayam pada rak  serta menghidangkan ayam tersebut tidak mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.

Menurut prosedur dan standard KFC, ayam bersaiz kecil tidak boleh diproses langsung sebenarnya. Ini menunjukkan bahawa jika anda mendapat ayam bersaiz kecil, maka keempat-empat peringkat tersebut tidak dipatuhi oleh pekerja.

Kicauan berkenaan mendapat perhatian netizen sehingga diulang kicau sebanyak 25,100 kali serta menerima tanda suka sebanyak 13,300 kali memandangkan ramai peminat ayam KFC di luar sana. Jadi, selepas ini bolehlah minta ayam goreng anda ditukarkan sehingga anda puas hati.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular