- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Kementerian Pendidikan Malaysia : Tiada hukuman tidak berperikemanusiaan kepada pelajar

Isu tentang disiplin dan salah laku dalam kalangan pelajar sekolah bukanlah satu isu yang baru dan bagi menanganinya, hukuman akan dikenakan kepada pelajar yang didapati melakukan kesalahan. Namun, sejauh manakah bentuk hukuman yang dikenakan itu bersesuaian?

Baru-baru ini tular satu gambar menunjukkan bentuk-bentuk hukuman yang bakal dikenakan kepada pelajar di sebuah institusi tahfiz di Sarawak sehingga ia membimbangkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Facebook [1]

Menerusi perkongsian foto borang persetujuan di atas, ibu bapa perlu menyatakan persetujuan sekiranya anak mereka dikenakan :

  1. Rotan di belakang sebanyak 60 kali
  2. Dibotakkan kepala
  3. Disimbah dengan air najis
  4. Dijemur daripada selepas waktu Zohor hingga waktu Asar
  5. Pemberian sijil tidak akan dilakukan kepada pelajar yang tidak melanjutkan pengajian

Menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook [1], Dr. Maszlee menggesa agar tiada hukuman tidak berperikemanusiaan dikenakan terhadap mana-mana pelajar.

Menyentuh kepada perkara itu, beliau dalam pada itu percaya bahawa Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengambil tindakan sewajarnya.

Selain itu, beliau turut menyeru agar semua institusi pendidikan persendirian agar sentiasa mengamalkan prinsip kemanusiaan dan undang-undang dalam menggubal sebarang bentuk hukuman kepada pelajar di institusi masing-masing.

Hal ini kerana, hukuman sedemikian bersifat merendahkan martabat bidang pendidikan negara selain menegaskan bahawa pendidikan tidak akan berkesan dengan menggunakan kekerasan.

Tambahnya, pendidikan sebenar adalah berasaskan perasaan kasih sayang dan cinta, serta merupakan satu tanggungjawab kepada semua.

Sumber: Facebook [1]

loading...