- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Bayi berusia 18 bulan meninggal dunia setelah ditimpa cermin di sebuah kedai di Lapangan Terbang Jewel Changi

Seorang bayi berusia 18 bulan dilaporkan meninggal dunia setelah ditimpa cermin di sebuah kedai di Lapangan Terbang Jewel Changi menurut polis.

Dalam satu kenyataan, polis mengatakan mereka mendapat panggilan bantuan di di Lapangan Terbang 78, pada 23 Ogos lalu. Kejadian yang dikatakan berlaku pada jam 12.33 tengahari tersebut turut mendapat perhatian daripada Angkatan Pertahanan Awam Singapura yang kemudiannya ke lokasi kejadian.

Seorang jurucakap dari Jewel mengatakan cermin panjang penuh telah terjatuh dan menimpa bayi berusia 18 bulan. Ketika menunggu para paramedik tiba, kakitangan yang berada di situ segera memberikan pertolongan awal kepada bayi berkenaan.

Menurut laporan lain, ibu bapa bayi tersebut merupakan pelancong dari China dan mereka menuntut mayat bayi mereka pada pagi ini.

Siasatan mengenai kematian tersebut masih dijalankan.

Kejadian ngeri dan tidak disangka itu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada butik fesyen yang terlibat iaitu Urban Revivo.

“Kami berhubung dengan keluarga tersebut dan memberikan sepenuh sokongan pada masa sukar ini.”

Kata jurucakap dari Jewel lagi, mereka bekerjasama dengan Urban Revivo untuk memastikan butir-butir insiden itu dan juga berhubung dengan keluarga bayi itu untuk memberikan sokongan kepada mereka.

Kedua-dua pihak lapangan terbang dan butik tersebut melahirkan rasa dukacita terhadap kemalangan tragis itu.

Sumber: NST [1]

loading...