Malang tidak berbau kepada semua orang, khususnya kepada kanak-kanak yang masih lagi ‘rapuh’ dan sentiasa memerlukan bimbingan dan pemerhatian daripada orang dewasa.

Hal ini kerana kanak-kanak masih tidak mampu berfikir secara menyeluruh akan kesan terhadap satu tindakan yang dilakukan.

Justeru, amat penting untuk orang dewasa terutamanya ibu bapa untuk sentiasa mengawasi anak-anak. Satu video yang dimuat naik oleh akaun Milo Suam di laman Facebook menjadi pengajaran buat semua, khasnya kepada ibu bapa agar sentiasa mengawasi tindak tanduk anak-anak.

Milo Suam/Facebook

Video tersebut menunjukkan tiga orang kanak-kanak yang menaiki lif di sebuah bangunan (berkemungkinan lif di pangsapuri mereka). Seorang kanak-kanak lelaki yang memasuki lif tersebut dilihat bersambung dengan tali.

Kanak-kanak tersebut masuk tanpa memeriksa penghujung tali itu sudah masuk bersama dirinya dan kita dapat saksikan bahawa penghujung tali itu tertinggal di luar lif dalam keadaan yang masih lagi bersambung pada tubuh kanak-kanak lelaki terbabit.

Sejurus sahaja pintu lif itu ditutup dan bergerak, tali berkenaan tegang dan menarik kanak-kanak lelaki itu ke atas seperti dalam keadaan tergantung. Seorang kanak-kanak perempuan yang kelihatan lebih berusia bertindak memegang kaki budak lelaki itu untuk mengelakkannya tergantung sepenuhnya.

Milo Suam/Facebook

Kanak-kanak perempuan itu juga sempat menekan butang lif. Tidak lama kemudian, tali itu mengendur dan membolehkan budak lelaki tersebut diturunkan ke bawah dan dengan pantas, kanak-kanak perempuan itu membantu membuka tali itu daripada leher budak lelaki tersebut.

Milo Suam/Facebook

Mujurlah kanak-kanak perempuan itu pantas dan cekap bertindak sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini.

Insiden sebegini seharusnya diberi perhatian agar tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. Gerun melihatnya, bukan? Jadi, awasilah anak-anak setiap masa ya!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular