Seperti yang kita semua tahu, bayi mempunyai tahap ketahanan yang agak lemah berbanding orang dewasa.

Hal ini menyebabkan mereka lebih terdedah kepada penyakit yang mudah untuk berjangkit, walaupun sekecil-kecil bakteria yang datangnya daripada orang dewasa.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang bayi perempuan berusia 5 bulan, Eldryna Saffiya, terkena jangkitan bakteria yang menyebabkan kulit mukanya menggelupas akibat daripada bakteria yang didapati daripada orang dewasa yang memegang bayi itu.

Berdasarkan kiriman yang dimuatnaik oleh ibu Eldryna, Puan Munie Suraya, dia dimaklumkan oleh seorang doktor pediatrik bahawa bayinya terkena jangkitan kulit impetigo dan infeksi kulit yang serius yang lebih dikenali sebagai scalded skin syndrome.

Menurut penerangannya, kedua-dua jenis jangkitan ini disebabkan oleh bakteria tertentu seperti streptococcus dan staphylococcus aureus.

Bagi jangkitan kulit impetigo, bakteria streptococcus boleh memasuki bahagian kulit yang rosak akibat menggaru, luka dan lain-lain masalah kulit.

Manakala, bagi jangkitan kulit scalded skin syndrome pula, bakteria staphylococcus aureus akan menghasilkan racun eksfoliatif yang seterusnya menyebabkan lapisan luar kulit menjadi rapuh dan mengelupas.

Walau bagaimanapun, jangkitan kulit ini jarang berlaku dan jika berlaku, jangkitan ini akan menyerang kanak-kanak berusia di bawah 6 tahun, terutamanya bayi.

Puan Munie Suraya/Facebook

Tetapi, penyakit menular ini juga boleh menyerang orang dewasa yang mempunyai masalah kegagalan ginjal atau mempunyai tahap kekebalan tubuh yang lemah. Penyakit ini juga boleh menyebabkan kematian jika kesannya telah merebak ke bahagian dalam tubuh.

Menurut Puan Munie Suraya, semuanya bermula pada 2 Ogos 2019 apabila dia mula menyedari bahagian mata kanan bayinya mula membengkak, tetapi menghiraukannya kerana menganggap bahawa itu adalah kesan gigitan semut.

Puan Munie Suraya/Facebook

Walau bagaimanapun, pada malam harinya, kesan bengkak pada mata adik Eldryna semakin teruk dan Puan Munie Suraya mula berasa bimbang.

Puan Munie Suraya/Facebook

Seterusnya, pada keesokan harinya, Puan Munie Suraya memutuskan untuk membawa anaknya ke klinik kerana keadaannya yang semakin teruk dan dia berfikir mungkin anaknya terkena alergik ubat tahan sakit yang dimakan olehnya pada hari Khamis, 1 Ogos 2019. Walau bagaimanapun, doktor klinik meminta Puan Munie Suraya merujuk ke hospital jadi mereka segera pergi ke bahagian kecemasan hospital KPJ.

Puan Munie Suraya/Facebook

Setibanya di hospital, setelah menceritakan apa yang berlaku, doktor telah memberi ubat susut bengkak kepada bayi Puan Munie Suraya dan memberinya ubat sapu bagi meredakan bengkak. Tanpa berfikir hal yang buruk, Puan Munie Suraya dibenarkan untuk membawa anaknya pulang ke rumah.

Puan Munie Suraya/Facebook

Walau bagaimanapun, pada pagi 4 Ogos 2019, kulit muka Eldryna mula mengelupas di bahagian mulut. Lantas, Puan Munie Suraya segera membawa anaknya ke bahagian kecemasan hospital yang sama dan adik Eldryna dirujukkan kepada doktor pediatrik, Dr Syed Jefrizal Syed Jamal.

Puan Munie Suraya/Facebook

Malam 4 Ogos menyaksikan keadaan adik Eldryna yang semakin teruk sehingga bahagian kulit yang mengelupas mengeluarkan cecair dan kesan darah serta matanya sudah tidak boleh dibuka. Pada ketika inilah Puan Munie Suraya dimaklumkan oleh Doktor Syed bahawa anaknya terkena jangkitan kulit impetigo dan scalded skin syndrome.

Punca jangkitan ini adalah disebabkan oleh bayi yang dipegang oleh ramai orang atau persekitaran serta air yang kotor. Menurutnya lagi, punca utama jangkitan ini adalah daripada orang dewasa yang mempunyai penyakit kulit atau mempunyai bakteria berkenaan dan telah dipindahkan kepada adik Eldryna.

Puan Munie Suraya/Facebook

Hari yang seterusnya, setelah adik Eldryna diberikan ubat antibiotik, keadaannya semakin pulih dengan luka mengelupas semakin mengering dan matanya sudah boleh dibuka sedikit.

Puan Munie Suraya/Facebook

Hari berikutnya, 6 Ogos, bengkak di bahagian mata adik Eldryna semakin surut dan kulitnya yang mengelupas sebelum ini semakin pulih. Doktor juga menerangkan kepada Puan Munie Suraya bahawa mungkin adik Eldryna akan sembuh sepenuhnya dalam masa dua minggu.

Puan Munie Suraya/Facebook

Walau bagaimanapun, pada keesokan harinya, adik Eldryna semakin sembuh. Kesan jangkitan kulit yang dialaminya semakin pudar.

Puan Munie Suraya/Facebook

Hari berikutnya, 8 Ogos, setelah diperiksa oleh Doktor Syed, dia menyatakan bahawa kerana adik Eldryna berjaya melawan penyakit dengan kuat, maka adik Eldryna mungkin boleh keluar dari wad pada keesokan harinya.

Puan Munie Suraya/Facebook

Hari terakhir di wad hospital, 9 Ogos, adik Eldryna dirakam begitu riang sekali, mungkin kerana mengetahui bahawa dia sudah boleh pulang ke rumah pada petang itu. Kulit mukanya sudah kembali sembuh dan segalanya sudah kembali ke sediakala.

Puan Munie Suraya/Facebook

Puan Munie Suraya/Facebook

Menutup kiriman ini, Puan Munie Suraya mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berjaga-jaga dalam membesarkan bayi mereka. Walaupun mungkin kita akan kelihatan paranoid, tetapi itu adalah lebih baik demi kesihatan bayi yang masih lemah.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah mendapat 717 perkongsian, 183 komen dan 399 sukaan.

Sumber: Puan Munie Suraya/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular