Seekor ikan gergasi yu paus yang dipercayai sesat di perairan Tanjung Tohor ditemui mati dan telah dibawa ke Jeti Pengkalan Nelayan Parit Jawa oleh nelayan tempatan pada 17 Ogos baru-baru ini.

Muar TV/Facebook

Bangkai yu paus spesies Rhicodon Typus yang ditemui ini dipercayai telah sesat ke perairan negara kerana habitat asalnya bukanlah di sini dan nelayan di negara ini juga tidak pernah menjumpai spesies ikan itu di sini, kata Ketua Pejabat Perikanan Daerah Muar, Mohd Faris Adman kepada Astro Awani.

Muar TV/Facebook

Menurut Sinar Harian, ikan yu paus yang ditemui di Muar ini seterusnya akan dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian termasuk makluman lengkap yang lain seperti umur, jantina dan saiz sebenar ikan yu paus ini.

Muar TV/Facebook

Ikan yu paus ini juga tergolong dalam spesies haiwan terancam dan semua nelayan yang menemui ikan jenis ini diminta untuk menghubungi agensi berkaitan dan tidak mengambil tindakan melulu bagi mengelakkan mereka didakwa di bawah akta yang berkaitan.

Muar TV/Facebook

Muar TV/Facebook

Ikan yu paus, atau dalam bahasa inggerisnya ialah whale shark tergolong dalam kumpulan ikan yu yang bergerak perlahan dan mengamalkan diet pemakanan yang bertapis.

Spesies ikan ini lazimnya ditemui dalam lautan beriklim tropika yang purata suhu airnya adalah dalam lingkungan 25 darjah celsius hingga ke 30 darjah celsius. Ikan ini mampu untuk hidup sehingga umur 70 tahun dan mempunyai saiz dan berat yang sangat besar.

Muar TV/Facebook

Walaupun mempunyai saiz badan yang besar dan tergolong dalam ikan jenis gergasi, namun ikan yu paus hanya memakan plankton, haiwan dan tumbuhan yang bersaiz mikroskop sahaja.

Sumber: Muar TV/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular