- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

Filem baharu Mulan diboikot setelah pelakon Liu Yifei berkongsi mesej kontroversi di laman sosial

Pelakon terkenal Amerika-China, Liu Yifei yang juga sebagai teraju utama lakonan dalam filem Disney terbaharu Mulan, menerima kecaman selepas didapati memuat naik satu mesej di laman media sosial Weibo yang dilihat sebagai satu sokongan buat polis Hong Kong.

Walt Disney Studios/YouTube [1]

“Saya menyokong pihak polis Hong Kong. Anda semua boleh serang saya sekarang. Keadaan ini memalukan Hong Kong”, tulisnya.

Kenyataannya itu difahamkan telah mengeruhkan lagi keadaan lantas menyebabkan pengguna Twitter untuk melancarkan tanda pagar #BoycottMulan [2] sebagai respon kepada mesej Liu.

Walt Disney Studios/YouTube [1]

Ramai di China percaya bahawa pihak polis Hong Kong telah menggunakan medium kekerasan dan keganasan terhadap golongan penunjuk perasaan yang berdemonstrasi secara aman ekoran pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan. Manakala kerajaan China menyamakan tindakan penunjuk perasaan dengan tindakan pengganas.

Dalam kes ini, ramai yang merasakan bahawa polis Hong Kong, yang dilaporkan telah menggunakan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan serta langkah-langkah lain yang dianggap melampau, dapat disamakan dengan penindas dalam kisah lagenda berkenaan.

Walt Disney Studios/YouTube [1]

Secara ringkasnya, kisah lagenda pada abad ke-5 mengisahkan seorang wanita Hua Mulan yang menyamar sebagai lelaki bagi menggantikan tempat bapanya dalam tentera bagi memperjuangkan hak golongan yang tidak berdaya.

Filem Mulan terbaharu ini difahamkan akan ditayangkan pada 27 Mac tahun 2020 dan difahamkan ‘trailer’ filem tersebut sudah pun dikeluarkan. Walau bagaimanapun, keterujaan orang ramai untuk menyaksikannya sedikit terbantut ekoran kenyataan Liu.

Walt Disney Studios/YouTube [1]

Sudah tentu kenyataan yang dikeluarkan oleh Liu mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial yang rata-ratanya berasa kesal dengan Liu.

Ada yang meninggalkan komen “Mulan berjuang untuk golongan tidak berdaya sementara Liu menyokong keganasan di Hong Kong”.

Selain itu, ramai juga pengguna Twitter yang mengecam kenyataan Liu itu:

Sumber: Refinery29 [12]

loading...