Sama seperti manusia, haiwan juga cenderung untuk mempunyai hiburan mereka yang tersendiri. Bezanya, cara kita melakukannya. 

Dan, sebuah video yang tular baru-baru ini membuktikan bahawa hidupan di laut juga mencari cara untuk berhibur dengan ‘apa-apa’ yang ada di sekeliling mereka.

@BBCWorld

Sebuah video yang dimuat naik oleh @BBCWorld ini menunjukkan seekor ikan lumba-lumba yang menimbang obor-obor dengan menggunakan muncung hidungnya.

Amboi, gayanya tidak ubah seperti kita menimbang bola!

@BBCWorld

@BBCWorld

Gelagat haiwan yang sukar untuk dilihat itu telah berjaya dirakam oleh dua orang sahabat di sebuah pelabuhan di Sonderborg, Denmark.

@BBCWorld

Dan ternyata, rakaman ini telah membuat ramai pengguna internet berasa terhibur dan ada juga antaranya berasa kasihan dengan obor-obor yang menjadi bahan permainan ikan lumba-lumba itu.

“Sukan Olimpik ikan lumba-lumba: Acara Menimbang Obor-obor”

 

“Kasihan obor-obor itu”

 

“Hei, jangan bermain dengan makanan!”

 

“Nampak menyeronokkan!”
“Seperti ikan lumba-lumba itu telah jumpa cara untuk menghiburkan diri? Walaupun obor-obor itu pasti tidak bersetuju dengannya,”

@BBCWorld

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang dimuat naik pada 10 Ogos ini telahpun mendapat sebanyak 1,059 retweets, 4,167 sukaan dan 124 komen.

Sumber: @BBCWorld/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular