KUALA LUMPUR: Lapan penduduk sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, berdepan detik mencemaskan apabila lif yang mereka naiki terhempas secara tiba-tiba dari tingkat lima bangunan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang Jumaat lalu, terdapat 9 penghuni yang menaiki lif berkenaan dari tingkat bawah tanah sebelum berhenti di tingkat lima.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.36 petang, tadi.

“Seramai 18 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba membuka pintu lif dan mendapati terdapat terdapat sembilan mangsa yang terperangkap di dalam lif berkenaan.”

Mengulas lanjut, empat mangsa lelaki termasuk kanak-kanak dilaporkan mengalami kecederaan patah kaki manakala mangsa selebihnya mengalami kecederaan bahagian pergelangan kaki.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,” jelasnya.

Operasi menyelamat mangsa selesai dalam tempoh 15 minit.

Bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan yang mahu tindakan segera diambil dan akan berbincang dengan 11 kontraktor yang dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelenggara lebih 500 lif di ibu negara.

Daripada rekod di pangsapuri berkenaan didapati lif diselenggara secara berkala namun beliau masih menunggu laporan siasatan daripada pihak kontraktor dan bomba.

“Lif di pangsapuri ini diselenggara mengikut jadual namun tidak dapat dipastikan apakah punca kejadian lif ini terhempas. Kita perlu periksa dahulu,” ujarnya yang berjanji akan menanggung semua kos perubatan ke atas semua mangsa.

Sumber: Astro AwaniFree Malaysia Today

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular