CONAKRY: Enam kanak-kanak berusia empat hingga 10 tahun dilapor meninggal dunia selepas terkena panahan petir di pantai barat Guinea pada Rabu yang lalu.

Memetik Astro Awani, kesemua enam kanak-kanak yang terdiri daripada lima perempuan dan seorang lelaki itu dikatakan sedang membancuh teh di bawah pokok mangga ketika kejadian berlaku.

Terdahulu kawasan di sekitar kota Siguiri yang terletak berhampiran Mali itu dilanda ribut kira-kira pukul 7 petang.

Seorang saksi, Mamadi Doumbouya berkata, sebelum kejadian tersebut berlaku, terdapat lapan orang kanak-kanak yang ditemani ibu masing-masing yang melepak di bawah pokok mangga berkenaan yang terletak di belakang kediamannya.

 “Saya menjemput semua berteduh di rumah saya. Kedua wanita itu berlari masuk, namun kanak-kanak terbabit masih tidak berganjak untuk bancuhan teh terakhir,” katanya.

Dengan sekelip mata, petir menyambar pokok mangga itu menyebabkan Doumbouya bergegas keluar dan melihat semua kanak-kanak terbabit terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Enam daripada mereka gagal diselamatkan dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Dalam pada itu, doktor yang merawat dua kanak-kanak yang cedera memberitahu pihak hospital akan terus melakukan pemantauan ke atas mangsa yang mungkin mengambil masa selama beberapa hari.

Barat Afrika sering dilanda rebut berikutan musim hujan.

Sabtu lalu, empat orang termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun bersama ibunya menjadi mangsa dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas, kawasan sama.

Sumber: CNA, Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular