Pernahkah anda mendengar mengenai ‘bungee jumping’? Bagi yang gemarkan sukan lasak pastinya tidak mahu melepaskan peluang jika diberi kesempatan untuk melakukan aktiviti ini.

Bagi yang tidak tahu ‘bungee jumping’ atau terjunan lelabah adalah satu aktiviti di mana seseorang akan terjun dari kawasan, jambatan atau bangunan yang tinggi dengan diri mereka diikat dengan tali elastik yang besar dan kuat.

Sebelum melakukan terjunan pastinya penerjun dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan. Walau bagaimanapun tidak mustahil untuk berlakunya kemalangan ketika penerjun melakukan aktiviti ini. 

Satu kemalangan yang melibatkan penerjun ‘bungee jumping’ telah berlaku baru-baru ini. Pada awalnya semuanya berjalan seperti biasa. Penerjun dibawa naik ke atas oleh kren.

Kakinya jelas diikat pada kren tersebut dan bersiap sedia untuk dilepaskan. Namun, lihat apa yang berlaku ketika dilepaskan. Ya, semuanya nampak normal namun tunggu dahulu…

Tali yang terikat pada kaki penerjun tadi sudah terlucut dan membuatkan penerjun terus jatuh ke bawah!

Mujurlah penerjun lelaki tersebut terjatuh di atas tilam keselamatan yang mungkin dapat mengurangkan kecederaan yang dialaminya.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu nampaknya panik dan tertanya-tanya apa yang berlaku kepada penerjun selepas jatuh ke bawah.

Teruskan menonton video tersebut.

Jika anda berminat untuk melakukan aktiviti ‘bungee jumping’, fikirkan sekali lagi.

Sumber: YOUTUBE

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular