BANGKOK: Seorang ibu mengandung dilaporkan koma selama enam bulan selepas membuat urutan kaki di sebuah spa telah disahkan meninggal dunia, baru-baru ini.

Memetik Mirror, Wirawan Kedkesri, 25, dikatakan mengunjungi sebuah spa di Chiang Mai, pada 11 Januari lalu selepas mengadu lenguh pada bahagian kakinya.

Namun selepas menerima khidmat urut, Kedkesri yang juga merupakan penari sambilan dan model sambilan dikejarkan ke hospital kerana diserang strok menyebabkan dia mengalami keguguran.

Keadaan tersebut menyebabkan dia koma dan hanya bergantung kepada bantuan pernafasan selama enam bulan sebelum menghembuskan nafas di sisi anak lelaki tunggal dan kaum keluarga terdekat.

Bapanya saudara Chaiwat Khamya berkata, keadaan anak saudara tidak menunjukkan untuk pulih menyebabkan mereka sekeluarga membuat keputusan untuk menghentikan mesin bantuan sokongan hidup selepas enam bulan bertarung.

“Selepas keguguran dia tidak menunjukkan tanda untuk pulih menyebabkan kami terpaksa membuat keputusan yang paling sukar untuk melepaskan,” ujarnya yang reda dengan pemergian anak saudaranya.

Sementara itu, pihak polis dari Balai Polis Phu Ping berkata, pihaknya telah memfailkan tuduhan terhadap tukang urut yang merawat wanita berkenaan.

Leftenan Kolonel Amornchai Trangwatcharakul berkata, pihak pengurusan spa berkenaan tidak sepatutnya melakukan urutan ke atas Wairawan kerana sangat berisko bagi seorang wanita yang mengandung.

Polis mengatakan bahawa kakitangan di kedai berkenaan tidak sepatutnya melakukan urutan ke atas Wirawan kerana berisiko bagi wanita mengandung.

“Pada Januari lalu, tukang urut itu dikenakan tindakan bertindak secara cuai dan mencederakan orang lain,” ujarnya.

Sumber: mirror.co, The Sun

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular