ABUJA: Tindakan seorang lelaki yang memanjat sayap pesawat mengejutkan penumpang sebuah pesawat Azman Airway yang sedang membuat persiapan untuk berlepas dari lapangan terbang di Lagos, Nigeria, Jumaat lalu.

Kejadian itu dilihat menerusi satu rakaman apabila lelaki tidak dikenali cuba memanjat dan bergerak di atas sayap pesawat di lapangan terbang antarabangsa paling sibuk negara terbabit.

 

View this post on Instagram

 

Guys this is an emmergency o. For 30 minutes we have been stuck at the runway at MMIA by an unidentified man who ran to the aircraft with a bag. Security has not showed up and everyone is panicking. I have so many questions to ask but right now I can’t even breathe. Pls share this to all relevant authorities. Dear Nigeria!!!!! Update: He has finally been apprehended and we’ve all disembarked from the flight. FAAN authorities showed up 23minutes into the scene but were scared to approach him. Security eventually shows up after 37mins. ______ How it happened!! So our flight was taxing on the runway and about taking off when this man shows up running towards the moving aircraft from the bush. The pilot and a few passengers spotted him running towards the aircraft and the pilot immediately slowed down and quickly put off the engine. The guy approaches the plane with gloves and starts walking around and under the aircraft holding a bag which he dropped inside the engine. Thanks to the Pilot of the Azman Airline for quickly observing and taking swift action.. I still have a million and one questions to ask cos anything could have gone wrong! Nigeria will work perfectly someday. This I know. 🇳🇬🇳🇬🇳🇬

A post shared by Amb. Otto Orondaam (@otto_orondaam) on

Tindakan tersebut mencetuskan rasa panik kepada penumpang berada di dalam pesawat sebelum memaklumkan kepada kru penerbangan.

Namun, tidak dapat dipastikan apa yang dimahukan lelaki berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan Nigeria, Henrietta Yakubu berkata, penceroboh berkenaan masuk ke kawasan landasan ketika juruterbang menunggu isyarat daripada pengawal trafik udara untuk berlepas.

Bagaimanapun kehadiran lelaki berkenaan disedari menyebabkan juruterbang terus menghentikan enjin dan melakukan pemeriksaan dengan lebih teliti sebelum berlepas ke Port Harcourt.

Sementara itu, memetik laporan CNN, penceroboh telah ditahan namun pihak polis belum menjelaskan punca utama suspek menceroboh masuk ke pesawat berkenaan.

Sumber: Mstar, Mirrorotto_orondaam|Instagram

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular