Haiwan peliharaan anjing amat dikenali sebagai haiwan yang bijak dan akan sentiasa setia kepada tuannya tidak kira dalam apa juga keadaan, dan kesetiaannya itu akan diingati sehingga akhir hayat.

Seekor anjing peliharaan dari Lima, Peru melalui hari buruk yang menyedihkan apabila pemilik yang amat disayanginya telah meninggal dunia.

Saat menyentuh jiwa bagi sesiapa sahaja yang menonton rakaman video ini apabila anjing tersebut enggan berganjak daripada terus berada di sisi tuannya yang berada di dalam keranda sehingga ke saat terakhir sebelum dia dikebumikan.

Anjing yang amat setia apabila dia tidak mahu berganjak dan meletak erat kedua belah kaki hadapan di tepi keranda pemiliknya. 

Salah seorang ahli keluarga pemilik anjing ini cuba membawanya pergi dengan bertindak untuk melepaskan pegangan erat kakinya di tepi keranda itu, akan tetapi dia enggan berganjak.

Pada saat terakhir sebelum keranda pemiliknya ditutup, anjing ini seperti memahami bahawa itu adalah kali terakhir buat dirinya untuk menatap wajah tuannya.

Sebelum dia melepaskan kedua kakinya yang mencengkam erat di tepi keranda, kelihatan air mata anjing ini menitis membasahi keranda tuannya.

Saat yang sungguh menyedihkan sehingga membuat semua yang menziarahi upacara pengebumian ini berasa amat sebak dan turut menangis bersama.

Suasana yang amat memilukan apabila orang yang amat kita sayangi telah pergi buat selama-lamanya. Dan seekor anjing yang setia sudah pasti terasa lebih pilu apabila teman yang gemar bermain dengannya serta membelainya kini sudah tiada di sisi.

Tonton video yang amat menyentuh hati ini di bawah :

Zolex Reporters/YouTube

Sumber : Zolex Reporters/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular