Seorang wanita hamil maut dihempap tangga yang sedang dibina dan tiga lagi lelaki maut terkena renjatan elektrik di rumah dua tingkat yang sedang dibina yang terletak di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh pada 21 Julai yang lalu.

 Sin Chew Daily

Ketika kejadian, wanita yang berumur 29 tahun itu dihempap oleh tangga berkenaan dan tiga lagi mangsa lelaki, termasuk suami wanita itu, bergegas untuk menyelamatkannya sebelum direnjat elektrik yang ada di kawasan kejadian.

The Star

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dilaporkan menerima laporan kemalangan itu pada jam 12:57 tengah hari dan segera digegaskan ke tempat kejadian. Menurut sumber, seramai 7 orang anggota penyelamat diarahkan untuk menyiasat kawasan kejadian.

 Sin Chew Daily

Berdasarkan gambar, mangsa berada di bawah timbunan bahan binaan dan dipercayai bahawa terdapat seorang mangsa warganegara Indonesia dan selebihnya adalah warganegara Malaysia.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan bahawa semua mangsa dikenalpasti sebagai Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, Mohd Radezi Abdul Aziz, 35, Shahril Apipie Mokhtar, 29, dan seorang warganegara Indonesia, Bambang Sulistio.

Sumber: Sin Chew Daily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular