SERDANG – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kesedihan dan mengucapkan takziah kepada keluarga César Pelli atas pemergian arkitek terkemuka dunia kelahiran Argentina itu yang menghasilkan rekaan bangunan ikonik Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dalam satu ucapan ringkas yang dimuat naik di laman Twitter pada 20 Julai, Tun Dr Mahathir berkata, “Saya berasa sedih apabila mendapat berita pemergian arkitek hebat, Encik César Pelli dari Argentina yang menghasilkan rekaan Menara Berkembar Petronas di Malaysia.”

@chedetofficial/Twitter

“Encik César Pelli datang dari New York untuk menghasilkan rekaan bangunan ikonik itu di Kuala Lumpur. Ucapan takziah saya kepada keluarga Encik César Pelli,” kata Tun Dr Mahathir.

César Pelli meninggal dunia pada usia 92 tahun, demikian yang dilaporkan oleh media Argentina, Telam Argentina pada 19 Julai. Mendiang yang membesar di Argentina menuntut dalam jurusan seni bina di Universiti Tucuman di Argentina sebelum menjadi Dekan Sekolah Seni Bina Universiti Yale pada tahun 1977 dan menubuhkan firma arkitek Pelli Clarke Pelli Architects.

PHILIPPE LOPEZ/AFP/Getty Images

Firma arkitek César Pelli amat terkenal sehingga berkembang dengan penubuhan cawangan di seluruh dunia termasuk di metropolitan New York, Abu Dhabi, Tokyo dan Shanghai.

Selain Menara Berkembar Petronas yang memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia selama 6 tahun dan masih menjadi menara berkembar tertinggi di dunia sehingga kini, mendiang César Pelli turut menghasilkan rekaan bangunan terkenal Pusat Kewangan Dunia di New York, Menara Canary Wharf di London dan melakukan pengubahsuaian Muzium Seni Moden New York.

Sumber : @chedetofficial/Twitter

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular