Pada minggu lalu, tular di Twitter apabila seorang pengguna Twitter memuat naik beberapa keping gambar ‘hakim’ yang sedang bertugas di mahkamah dan ternyata, orang ramai menyukainya.

Sehingga entri ini ditulis, kiriman tersebut telah mendapat 21,417 retweet dan 33,080 likes.

Twitter

Jika anda masih ragu-ragu tentang sebab disebalik penularan gambar ini, anda pastinya boleh mengetahui sebabnya sebaik sahaja melihat wajah perempuan di dalam gambar ini. Memang sangat cantik dan manis orangnya!

Twitter

Sejak tularnya kiriman tersebut, orang ramai mula tertanya-tanya siapakah gerangan gadis yang begitu manis di dalam gambar itu dan adakah dia benar-benar berkhidmat sebagai ketua hakim di usia muda.

Twitter

Dengan bantuan ramai ‘penyiasat’ di media sosial, netizen akhirnya mendapat tahu bahawa nama gadis berkenaan ialah Leanna Leonardo dan mereka juga menemui laman Instagramnya, @leanna.leonardo.

Leanna merupakan seorang siswazah undang-undang di Universiti Gadjah Muda, Yogyakarta dan kini berumur 22 tahun.

leanna.leonardo/Instagram

leanna.leonardo/Instagram

Berikutan penularan gambarnya yang dilihat menjadi ketua hakim, Leanna juga ada menerangkan dalam salah satu kiriman di laman Instagramnya bahawa dia masih belum menjadi hakim tetapi dia akan berusaha ke arah itu. Tambahnya, gambar itu dirakam ketika kuliahnya mengadakan perbicaraan olok-olok (mock trial).

leanna.leonardo/Instagram

Menurut portal boombastis, ini bukanlah kali pertama Leanna menjadi tular di media sosial, bahkan, ini sebenarnya adalah kali ketiga dia menjadi tular. Wah, lain dari yang lain!

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular