Ramai antara kita yang tahu bahawa merokok, minum arak berlebihan, terdedah kepada cahaya matahari dan beberapa lagi perkara lain boleh menjejaskan kesihatan diri kita.
Walau bagaimanapun, masih ramai yang belum tahu bahawa terdapat beberapa perkara biasa yang selalu kita lakukan pada setiap hari yang juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan diri, khasnya penyakit kanser.
Oleh sebab itu, menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda 10 kelakuan harian yang boleh menyebabkan penyakit kanser, menurut portal Medical News.
1. Tidak aktif
Gambar sekadar hiasan/pxhere
Ramai orang dewasa yang bekerja di pejabat memerlukan mereka untuk duduk selama lapan atau lebih jam di meja pada setiap hari.
Tetapi, tanpa mereka sedari, tubuh badan yang tidak melakukan senaman boleh mengembangkan kanser kolon, kanser payudara, atau kanser endometrium – dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser lain termasuk hati, myeloma, dan kanser buah pinggang.
Oleh itu, Persatuan Kanser Amerika (ACS) mengesyorkan orang dewasa untuk melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti intensiti sederhana pada setiap minggu.
2. Minum air paip
Gambar sekadar hiasan/Wikimedia
Ramai yang sedar bahawa minum air paip yang tidak ditapis boleh membahayakan kesihatan. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa selain kromium-6, kita juga boleh menemui arsenik, produk sampingan disinfeksi, nitrat dan unsur yang lebih berbahaya di dalam air paip.
Oleh itu, adalah lebih baik untuk melabur dalam pembelian penapis air supaya seluruh ahli keluarga terjamin kesihatannya.
3. Minum minuman yang terlalu panas
Gambar sekadar hiasan/goodfreephotos
Ramai orang tidak boleh memulakan hari mereka tanpa meminum kopi atau teh panas, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa minuman yang dihidangkan melebihi 140 darjah Fahrenheit sebenarnya boleh meningkatkan risiko kanser esofagus.
Untuk mengurangkan risiko ini, biarkan minuman anda sejuk terlebih dahulu sebelum minum.
4. Memanaskan bekas bungkusan makanan
Gambar sekadar hiasan/Wikimedia
Pemanasan semula bekas bungkusan makanan boleh menyebabkan kita terdedah kepada styrene, sejenis bahan kimia yang boleh meningkatkan risiko kanser seperti leukemia dan limfoma, serta pankreas atau kanser esofagus.
Kurangkan risiko ini dengan memindahkan makanan yang dibeli pada pinggan biasa atau mangkuk.
5. Kerja lebih masa
Gambar sekadar hiasan/pixabay
Beberapa kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara tidur yang tidak mencukupi dengan peningkatan risiko kanser, dan orang yang mengalami gangguan ritma sirkadian mungkin mempunyai kadar kanser payudara dan prostat yang lebih tinggi.
Cuba elak dari bekerja dengan jam yang melebihi jangka masa waktu malam dan cuba tidur secara teratur untuk mengelakkan risiko ini.
6. Makan daging mentah
Gambar sekadar hiasan/flickr
Daging mentah mengandungi nitrat dan nitrit, sama seperti daging yang diproses. Walaupun tanpa sebatian ini, proses memasak dan makan daging mentah sebenarnya boleh mendedahkan kita kepada sebatian lain yang menyebabkan kanser seperti amina heterosiklik (HCA) dan hidrokarbon aromatik polisiklik (PAHs), iaitu penyakit yang tercipta ketika kita memanggang stik atau memasak burger.
Institut Penyelidikan Kanser Amerika mengesyorkan kita untuk makan kurang daripada 18 auns (kira-kira 510 gram) daging mentah dalam seminggu untuk mengelakkan peningkatan risiko kanser kolorektal.
7. Makan makanan berjeruk
Gambar sekadar hiasan/pixabay
Terdapat banyak manfaat kesihatan bagi makanan yang berjeruk, tetapi ada antaranya yang boleh meningkatkan risiko karsinoma nasofaring.
Seperti daging yang diproses, sesetengah makanan yang dijeruk mengandungi jumlah nitrat dan sebatian nitrit yang tinggi yang bertindak balas dengan protein dalam badan untuk membentuk nitrosamines.
Jadi sentiasa beringat untuk tidak memakan terlalu banyak makanan sebegini.
8. Menghias kuku
Gambar sekadar hiasan/flickr
Pengilat kuku secara tradisinya mengandungi bahan penyebab kanser seperti triphenyl fosfat, toluena, dan dibutil phthalate yang semuanya boleh menyebabkan kanser atau ketidakupayaan kongenital.
Bahan ini bukan hanya memberi kesan kepada si pemakai, tetapi penghias kuku juga berisiko tinggi didiagnosis dengan penyakit kanser.
Jadi, jika anda ingin menghias kuku, pastikan anda berkunjung ke salun yang mempunyai sistem pengudaraan yang betul dan yang memberikan anda sarung tangan dan topeng muka.
9. Menggunakan racun kebun
Gambar sekadar hiasan/Free Stock Photos
Anda boleh membantu untuk menjaga tanaman anda daripada rumpai dengan menggunakan racun kebun tetapi tindakan ini sebenarnya berbahaya kerana glyphosate (ubat herba yang paling biasa digunakan) telah terbukti boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia.
Sebagai pilihan, cuba pertimbangkan cara semula jadi yang lain yang boleh mengawal pertumbuhan rumpai dan pastikan untuk menarik seluruh tumbuhan apabila merumput dengan tangan.
10. Pendedahan kepada ekzos diesel
Gambar sekadar hiasan/pxhere
Kenderaan yang menggunakan bahan api diesel mampu membebaskan lebih daripada 30 jenis karsinogen ke udara.
Itulah sebabnya ekzos diesel dikaitkan dengan kanser paru-paru dan bagaimana asap diesel boleh menyebabkan kita berisiko tinggi untuk mengidap kanser esophageal, kanser perut, dan banyak lagi.
Oleh itu, pertimbangkan semula jika anda mahu berubah citarasa memandu kenderaan peribadi yang menggunakan minyak diesel.
Sumber: Medical News
Maybe you're interested :
- Jangan pandang mudah, penggunaan carseat dalam tempoh lama boleh jejas perkembangan bayi
- Bayi lelaki 3 bulan disahkan dijangkiti virus polio setelah Malaysia diumumkan bebas virus polio pada 27 tahun yang lalu
- Dakwaan seorang gadis gugurkan kandungan selepas serangan seksual berkumpulan, polis Hong Kong dikecam melanggar ‘hak privasi dan maruah’