Nampak gayanya, kita perlukan penguatkuasaan sebegini dalam usaha mengurangkan isu pembuangan sisa pepejal merata-rata.

Pembuangan tidak terkawal secara umumnya mendatangkan pelbagai masalah seperti menyekat dan menyumbatkan saluran longkang, selain menyakitkan mata yang memandang.

Kini, mana-mana pelaku yang didapati membuang sampah bakal didenda. Menerusi laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), sesiapa yang membuang sampah daripada kenderaan boleh didenda maksimum sebanyak RM300 di bawah Kaedah 52, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959).


Amaran tersebut yang dikeluarkan menerusi kenyataan Facebook pada 15 Julai lalu itu bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

PDRM|Facebook

Selain itu, PDRM turut menasihati orang ramai untuk mengumpul sampah dalam kenderaan terlebih dahulu sebelum membuangnya di tempat yang disediakan apabila berhenti kelak.

Jadi, sayangi alam sekitar dan wang RM300 anda itu ya! Daripada melakukan kesalahan sebegitu dan didenda, lebih baik anda membelanjakan wang RM300 itu untuk perkara yang lebih berfaedah, bukan?

Sumber: PDRM|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular