Secara ringkasnya, radang sinus ataupun lebih dikenali sebagai resdung merupakan satu keadaan di mana terdapat jangkitan pada lapisan membran di rongga sinus.

Ianya berbeza-beza dan bergantung kepada tahap alahan setiap individu terhadap apa-apa virus, bakteria ataupun kulat.

Resdung sering berlaku kepada hampir semua orang, termasuklah kanak-kanak dan ia terbahagi kepada dua jenis; akut dan kronik. Maka, terdapat banyak simptom resdung berkenaan seperti hidung tersumbat, batuk, selesema berpanjangan, sakit kepala dan muka, jerawat pada muka, demam, letih dan lesu.

Itulah yang dialami oleh seorang wanita yang mengalami masalah radang sinus di mana dia telah berkongsi kisahnya yang mengalami masalah kerap bersin pada waktu pagi, sakit kepala dan hilang deria bau dan rasa. Keadaan amat teruk sehingga dia perlu dibedah.

Wanita berkenaan,  Nur Amalina Abd Rahim menceritakan kisahnya yang telah selamat menjalani pembedahan minor untuk resdung yang dikenali sebagai ‘functional endoscopic sinus’.

Nur Amalina Abd Rahim|Facebook

Menurut Amalina, masalah kesihatannya ini telah berlangsung selama bertahun-tahun dan dia juga sudah ikhtiar dengan menjalani pelbagai rawatan alternatif sebelum ini.

Namun, 3 bulan kebelakangan ini ia bertambah buruk. Amalina telah kehilangan deria bau dan rasa. Apabila imbasan Computed Tomograhy dilakukan, doktor mendapati bahawa bahagian sebelah kiri pada mukanya sememangnya telah tersekat sepenuhnya.

Nur Amalina Abd Rahim|Facebook

Oleh yang demikian, dia menasihati kepada mana-mana individu yang kerap bersin pada waktu pagi, berasa pening-pening kepala dan selesema berpanjangan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan di hospital kerana sinusitis ini berupaya untuk merebak pada bahagian mata dan otak.

Nur Amalina Abd Rahim|Facebook

Jika anda menghidap resdung, hindari haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan pelbagai lagi. Pastikan pengudaraan dan kelembapan di rumah anda dalam keadaan yang baik.

Tidak salah kiranya jika anda melabur sedikit wang anda dengan membeli mesin penulen udara yang mampu membersihkan udara, menyerap pencemaran dan membuang alergen daripada persekitaran.

Sumber: Nur Amalina Abd Rahim|Facebook, MyHEALTH

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular