GENTING HIGHLANDS – Pengunjung pusat peranginan tanah tinggi Genting Highlands digemparkan dengan kejadian hujan lebat dan banjir kilat pada petang Ahad,14 Julai menyebabkan beberapa laluan di sekitar Genting Highlands Premium Outlet (GPO) dan Awana Skyway dilimpahi air deras yang turun dari kawasan bukit berdekatan.
Kejadian hujan lebat disusuli banjir kilat itu dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 3 petang, sempat dirakamkan oleh beberapa orang pengunjung sebelum video banjir kilat tersebut dikongsi sehingga menjadi tular di laman media sosial Facebook dan Twitter.
Banjir kilat di Genting Highlands pic.twitter.com/wGoOvAbVWV
— 999 Malaysia 🇲🇾 (@999Malaysia) July 14, 2019
Menerusi rakaman video yang dimuat naik beberapa netizen, menunjukkan beberapa laluan telah terjejas apabila air berlumpur turun dan mengalir deras dari kawasan bukit berdekatan sehingga melimpahi kawasan lebih rendah.
Keadaan banjir kilat telah menyebabkan beberapa kenderaan yang diletakkan di tepi laluan sekitar GPO dan Awana Skyway yang terjejas telah terperangkap dalam arus deras yang berkedalaman kira-kira 0.2 meter. Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan berlaku di beberapa kawasan sekitar Goh Tong Jaya.
Kejadian banjir kilat akibat hujan lebat di Genting Premium Outlet, Genting Highlands hari ini.
Credit : Facebook Careta pic.twitter.com/BXDfnvINLI
— GEGAR (@gegar_my) July 14, 2019
Menurut jurucakap dan penyelia di Genting Highlands Premium Outlet (GPO), kejadian banjir kilat mulai reda pada kira-kira jam 6.30 petang.
“Amat mencemaskan apabila melihat keadaan air yang deras, namun keadaan kembali reda selepas hujan berhenti pada jam 5.30 petang. Semuanya kembali pulih seperti biasa pada jam 6.30 petang. Awana Skyway yang ditutup selama 2 jam juga sudah dibuka kepada orang ramai seperti biasa. Tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.
— RüffyRun (@ohhriff) July 14, 2019
Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecemasan berkenaan kejadian banjir kilat pada petang Ahad.
Sumber : Berita Harian , World of Buzz
Maybe you're interested :