Semua ibu bapa di dunia ini mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, tidak kira apa jua kondisi yang dihadapi oleh anak mereka. Mereka akan memberikan segalanya yang termampu demi masa depan anak-anak. Mereka tidak meminta balasan, namun, untuk menyaksikan sendiri anak mereka menaiki pentas untuk menerima sijil graduasi, adalah satu momen yang akan menjadi kenangan terindah buat mereka.

Today

Begitu jugalah yang dirasai oleh pasangan Barbara dan Patrick Higgins terhadap anak mereka, Jack.

Walau bagaimanapun, impian ini mungkin mustahil untuk menjadi kenyataan kerana Jack didiagnosis dengan severe autism yang membuatkannya begitu bencikan bunyi bising dan tidak suka menghadiri majlis keramaian.

Kerana kondisi Jack yang sensitif terhadap bunyi, Jack lazimnya akan menutup telinga dengan tangan ketika menjangkakan bunyi yang kuat. Malah, Jack juga akan memberi reaksi seakan-akan berada dalam kesakitan apabila terdengar bunyi bising.

Raney Day Media/YouTube

Tetapi, siapa sangka, dengan bantuan dan ihsan pihak sekolah, ibu bapa Jack dapat menyaksikan sendiri Jack naik ke pentas bagi mengambil sijil graduasi. Dengan sebuah rancangan yang dipanggil A Silent Graduation, pengetua Sekolah Tinggi Carmel, Lou Riolo muncul dengan konsep majlis graduasi senyap khas untuk Jack agar Jack boleh turut sama naik ke pentas ketika bergraduasi.

Raney Day Media/YouTube

Dalam rancangan yang dikemukan oleh Riolo yang kemudiannya dibincangkan dengan ibu bapa Jack dan guru Pendidikan Khas, Jack akan naik ke pentas dalam keadaan seluruh dewan yang senyap tanpa apa-apa bunyi dari para penonton. Caranya adalah dengan Riolo sendiri akan memberi ucapan khas agar semua penonton tidak mengeluarkan apa-apa bunyi tepukan, sorakan atau apa jenis bunyi sekalipun ketika Jack naik ke pentas.

Ternyata, idea ini dipersetujui dengan rasa terharu kedua ibu bapa Jack, tetapi dalam masa yang sama mereka turut sangsi sama ada kesemua 2,200 orang di dalam dewan itu boleh memberi kerjasama pada hari kejadian.

Raney Day Media/YouTube

Namun, Riolo mahu komuniti faham tentang keperluan khas bagi orang seperti Jack. Beliau juga yakin bahawa para penonton akan bekerjasama untuk menjayakan acara ini sekiranya mereka diberi peluang untuk berbuat demikian.

“Tidak seperti kita semua, Jack sangat sensitif terhadap bunyi bising. Jadi saya minta kita memberi laluan untuk Jack menerima diploma pada awal acara ini. Untuk membolehkan Jack naik ke pentas ini, saya perlukan anda semua supaya tidak bertepuk dan tidak bersorak. Ya betul, jangan bertepuk dan jangan bersorak kerana ini akan membuatkan Jack berasa resah,” kata Riolo dalam ucapannya pada hari kejadian.

Raney Day Media/YouTube

Ternyata, rancangan graduasi senyap itu berjalan dengan lancar. Tiada satupun bunyi yang keluar ketika Jack berjalan diiringi oleh abang dan adiknya ke pentas.

Semua orang cuba menahan diri daripada menepuk tangan dan bersorak, malah selepas Jack menerima sijil graduasinya, semua penonton bangun untuk memberi semangat kepada Jack. Terharu melihatnya!

Raney Day Media/YouTube

“Apa yang Jack lakukan adalah sesuatu yang sangat berani. Perkara ini sangat menakjubkan dan menyentuh perasaan. Detik ini tentunya sangat berharga buat Jack, malah, buat semua pelajar kami juga,” kata Riolo.

“Detik ini sangat istimewa dan takkan dapat kami lupakan. Kami harap para pelajar di sini tahu bahawa apa yang mereka lakukan sangat besar maknanya buat kami sekeluarga,” tambah ahli keluarga Jack, terharu.

Tonton rakaman A Silent Graduation ini di sini:

Kredit: Raney Day Media/YouTube

Sumber: Today

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular