Juruterbang Safia Anisa dan kakaknya baru sahaja menamatkan pengajian dari akademi penerbangan dan kini menjadi juruterbang bersama syarikat penerbangan AirAsia. Tidak cukup dengan rezeki kedua adik-beradik ini menjadi juruterbang wanita yang hebat, bapa mereka turut memberi kejutan dengan menyertai Safia dan kakaknya di syarikat itu.

Safia berkongsi kejutan itu di laman Twitter dengan menceritakan bagaimana bapanya yang berusia 58 tahun telah berkhidmat bersama Malaysia Airlines selama 40 tahun, tiba-tiba menjadi rakan juruterbang junior dalam penerbangan yang sama dengan dua orang anak perempuan kesayangan.

@SafiaAnisa/Twitter

Safia turut berkongsi bagaimana bapanya memulakan karier sebagai juruterbang dan berkhidmat selama 40 tahun bersama Malaysia Airlines sebaik sahaja menamatkan persekolahan bermula sebagai kadet juruterbang di Akademi Penerbangan Malaysia.

Sambil mengucapkan rasa bersyukur dan berterima kasih, Safia turut menjelaskan bapanya membuat keputusan menjadi juruterbang di AirAsia kerana mahu menghabiskan jam penerbangannya yang mengagumkan bersama kedua anak perempuannya sebelum bersara kelak.

Syabas kepada tiga beranak juruterbang ini. Dan kita jarang dapat melihat seorang bapa penyayang yang sanggup mengorbankan kedudukannya yang sudah selesa di tempat lain, tetapi turun ke bawah demi melihat kejayaan anak-anaknya yang hebat pula untuk berada di puncak.

Sumber : @ SafiaAnisa/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular