Setiap daripada kita pasti pernah menemui kecelakaan yang tidak disengajakan di khalayak ramai sekali sekala seperti tersandung dan terjatuh ke tanah, atau berada di tengah-tengah tumpuan orang ramai dengan insiden memalukan sehingga menarik perhatian.
Bagi seorang anggota pengawal kehormatan yang sedang menyertai perbarisan di satu perarakan berprestij, beliau telah terlupa untuk mengikat tali kasutnya dengan ketat dan betul. Mujur seorang kanak-kanak menyedarinya dan tampil membantu.
Pada permulaan perarakan Hari Kemerdekaan di Texas pada 4 Julai, pegawai Jerrick Wilson bertugas membawa bendera Amerika Syarikat dengan bangga sebagai Pengawal Kehormat Jabatan Polis Arlington. Ketika itulah dia menyedari tali kasut di salah satu kasutnya telah longgar dan terlerai.
Namun tuah menyebelahinya apabila Josh Brown sedang berada dalam kelompok umum bersama keluarganya. Budak lelaki ini bersedia menawarkan diri untuk membantu pegawai Jerrick Wilson. Pada mulanya kanak-kanak ini berasa gugup untuk menghampiri pegawai Wilson, namun seorang pegawai lain menghampiri dan meminta pertolongannya, maka Josh terus melakukan bantuan itu dengan baik untuk memperkemaskan kasut pegawai Jerrick Wilson.
Sentuhan manis itu mungkin dirasakan tidak seberapa tetapi pegawai Wilson amat bersyukur kerana atas jasa Josh, perarakan itu berjalan dengan lancar, dan ribuan orang telah melihatnya di media sosial. Seorang netizen bernama Wendy Collins Smith telah memuat naik gambar saat menyentuh hati itu dan berkongsinya di Facebook. Wendy Collins Smith menulis, “Kami memerlukan lebih ramai insan seperti ini di dunia!”
Arlington Police Department/Facebook
Datuk Josh, Pastor Dennis Wiles juga turut mengambil kesempatan itu dengan memberi komen sambil memuji kebaikan hati cucunya kerana membantu polis dan menghormati negara.
Dan keesokan harinya, Josh Brown menerima kejutan dengan lawatan pegawai Wilson yang mengucapkan rasa berterima kasihnya kepada Josh secara peribadi.
Arlington Police Department/Facebook
Katanya, “Saya berada di perarakan itu yang akan berlangsung dalam tempoh masa panjang tetapi bantuan Josh telah menyelamatkan saya daripada berhadapan dengan krisis kerana diri terus bimbang memikirkan kasut saya ketika sedang membawa bendera Amerika Syarikat.”
Ketua Polis Arlington, Will Johnson turut mengucapkan rasa terima kasih kepada Josh Brown di Twitter.
At the start of the 4th of July Parade this young man ran out to help one of our Honor Guard members whose shoe came untied. Thank you Josh! We should all be so kind. I have a Chief Challenge coin for you. #America pic.twitter.com/lQr2rxVWQC
— Will Johnson (@ArlingtonChief) July 4, 2019
Seperti yang dikatakan oleh pegawai Wilson, tindakan itu nampak kecil, tetapi ia memberi makna yang besar kepada orang lain dan menyentuh hati mereka. Josh Brown berkata dia mahu menjadi pegawai polis apabila dewasa kelak, dan masa depan negaranya akan terus bersinar sekiranya ramai lagi anak muda yang bersikap sepertinya.
Tonton video di bawah:
Sumber : WFAA/YouTube , Arlington Police Department/Facebook
Maybe you're interested :
- Cubaan penyamun cuba pecah masuk rumah gagal apabila dia dibelasah teruk bekas peninju wanita berusia 82 tahun
- Tidak sampai 24 jam beroperasi semula, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong menghentikan semua daftar masuk
- Polis temui petunjuk baharu kes rompak kedai emas seorang diri guna senapang dan kapak