Sejak kecil kita diajar untuk berlaku jujur. Jangan ambil sesuatu yang bukan hak kita, mencuri jauh sekali. Adalah penting untuk mengajar nilai murni ini kepada anak-anak kita hari ini kerana kelak mereka akan mengikut apa yang kita ajarkan sejak mereka kecil lagi. Mungkin itu yang dipegang oleh seorang pemuda apabila dia telah mengambil keputusan untuk mengembalikan wang yang bukan miliknya.

Mohamad Fahmi Abdul Aziz menemui sebuah cerek yang penuh berisi wang dolar Kanada di sebuah tapak pelupusan sampah. 

Apabila ditanya mengenai jumlah wang tunai yang ditemui, pemuda tersebut enggan memberitahu jumlah sebenar dan dia hanya mengatakan “dalam puluhan ribu”.

Menurut Fahmi lagi, menjadi rutin baginya untuk mengumpul barang-barang kitar semula di tempat pembuangan sampah bersama dengan dua orang pekerjanya. Pada pagi hari Selasa lalu dia telah terlihat sebuah objek logam berkilat yang tertanam separuh bahagiannya di dalam tanah. 

The Star

“Saya menariknya dan tidak percaya apabila saya melihat bahawa cerek tersebut dipenuhi dengan mata wang.”

“Saya membawanya ke rumah dan selepas memeriksa, saya mendapati ia adalah dolar Kanada. Saya terkejut,” tambahnya lagi.

Ingin mengetahui sama ada wang itu asli atau palsu, dia membawa wang tersebut ke tempat menukar wang dan mereka di sana telah mengesahkan bahawa dolar Kanada tersebut adalah wang sebenar.

Menurut Fahmi, dia kemudian memutuskan untuk mengembalikan wang tersebut kepada pemilik asalnya selepas berbincang dengan isteri dan keluarganya.

“Ini mungkin simpanan seseorang dan ia mungkin telah dibuang secara tidak sengaja.”

Dia juga menambah bahawa dia tidak akan mendedahkan jumlah wang tersebut kerana mahu pemiliknya sendiri yang memberitahu tentang jumlah wang itu sebagai bukti dia adalah pemilik wang tersebut.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak mahu membuat laporan polis kerana jika dia menyerahkan wang tersebut dia tidak akan mengetahui apa yang akan berlaku terhadap wang tersebut.

“Saya akan mendapatkan nasihat daripada guru agama saya dan jika saya tidak dapat mencari pemilik asal wang itu, saya akan mendermakannya untuk tujuan kebajikan,” katanya kepada The Star.

Apabila ditanya mengapa Fahmi tidak mahu menyimpan wang itu, dia hanya menjawab bahawa ia adalah perkara yang tidak patut dilakukan.

Seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Kanada di Kuala Lumpur berkata bahawa tiada rakyat Kanada yang membuat laporan akan kehilangan sejumlah besar wang mereka.

Bagi sesiapa yang telah kehilangan not dolar Kanada 100 yang banyak, anda boleh menghubungi Fahmi di talian 017-491 3683.

Sumber: THE STAR

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular