“Ibu, akak sakit perut!”

Jika anak mula mengadu dan merengek sakit perut sambil menekan perutnya, jangan ambil mudah. Ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak dan mesti ambil tindakan selanjutnya jika sakit perutnya tidak beransur pulih walaupun selepas di sapu minyak pada perut.

Ini kerana, berkemungkinan sakit perut yang disangka gastrik itu bukanlah penyebabnya. Buktinya seorang ibu telah berkongsi kisah anak perempuannya yang mengadu sakit perut yang disangkanya disebabkan oleh gastrik.

Tulis Puan Afiza Jamaludin di Facebook, anaknya sudah 2 hari sakit perut secara tiba-tiba. Pada mulanya dia menyangka anaknya mengalami gastrik kerana sebelum ini pernah terjadi kejadian yang sama dan doktor mengatakan dia terkena gastrik. Namun selepas menyapu minyak telon afwa, perut anaknya tetap sakit dan anaknya tidak dapat tidur semalaman.

Tidak tega melihat anaknya yang berusia 11 tahun itu menanggung sakit perut sambil jalan terbongkok-bongkok, Puan Afiza terus membawa anaknya ke hospital. Sesampainya di bahagian kecemasan, doktor bertanyakan apa yang berlaku sebenarnya. 

Selepas itu doktor mengatakan bahawa peringkat umur kanak-kanak seperti anak Puan Afiza memang sering mengalami sakit perut seperti itu. Menurut doktor dia merasakan sakit perut tersebut adalah disebabkan terdapat banyak najis dalam usus kanak-kanak tersebut. Katanya lagi, anak Puan Afiza membuang air besar tetapi tidak lawas. Lama-kelamaan, najis terkumpul semakin banyak di dalam usus. 

hmetro

Selepas menjalani pemeriksaan, doktor menunjukkan keputusan x-ray pada Puan Afiza sekeluarga. Ternyata memang ada najis yang terkumpul dalam usus anak Puan Afiza.

Jelas doktor lagi, perkara tersebut sering berlaku terutama dalam kalangan kanak-kanak peringkat umur seperti anak Puan Afiza. Najis yang terkumpul itu adalah akibat daripada faktor pemakanan seperti tidak makan sayur.

Kemudian doktor memberikan ubat yang membantu mengeluarkan semua sekali najis yang terkumpul dalam usus. Doktor menasihati mereka agar banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan minum air masak.

maxpixel

Sumber: FACEBOOK | AFIZA JAMALUDIN

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular