Membeli belah secara dalam talian merupakan penyelamat pada zaman moden kini, di mana ianya sangat mudah dan tidak memerlukan usaha yang banyak seperti pergi ke kedai, pusat beli belah dan sebagainya.

Persoalannya, sejauh manakah anda yakin sepenuhnya terhadap barangan yang dijual secara dalam talian?

Seorang wanita baru-baru ini berkongsi pengalamannya tentang pembelian dalam talian, di mana dia terpedaya dengan iklan jualan kasut murah di dalam laman web. Menurutnya, sepasang kasut berharga hanya RM22.50 dan ia mengujakannya.

Mimi Shafie|Facebook

Dia kemudian terus membuat pesanan sebanyak 3 pasang kasut, di mana semua berjumlah RM67.50 dan wanita terbabit memilih kaedah pembayaran menggunakan kad kredit MasterCard miliknya.

Apa yang mengejutnya, notifikasi yang diterimanya setelah pembayaran yang dibuat berjumlah RM180 dirasakan tidak masuk akal.

Mimi Shafie|Facebook

Tidak lama kemudian, dia menerima 2 mesej mengatakan terdapat 2 transaksi dengan amaun CNY330.07 (RM198.28) dan CNY380.56 (RM228.61) telah ditolak daripada akaunnya.

Mimi Shafie|Facebook

Berdasarkan mesej itu, dia menganggap bahawa transaksi itu dilakukan di China. Dengan pantas, dia menghubungi bank untuk memeriksa.

Pihak bank memaklumkan bahawa mereka telah menghentikan transaksi tersebut kerana berasa ada sesuatu yang tidak kena. Wanita itu bernasib baik kerana wangnya belum ditolak.

Mimi Shafie|Facebook

Wanita itu juga menyuruh bank untuk menyekat kad kreditnya dan dia diberitahu bahawa jumlah transaksi keseluruhan adalah sebanyak RM514. Oleh yang demikian, wanita tersebut mahu mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan penipuan sebegini.

Mimi Shafie|Facebook

Dia turut melampirkan beberapa laman web yang meragukan di dalam kenyataan Facebooknya dengan menekankan bahawa harga yang terlalu rendah berkemungkinan tidak benar dan tidak logik. Mungkin alasan jualan gudang ataupun penghabisan stok digunakan.

“Jadi, lebih baik anda periksa terlebih dahulu akan kesahihan laman web sebelum mula berbelanja.

“Penipuan ini menarik minat pembeli dengan memberikan alasan bahawa mereka sedang mengadakan jualan besar-besaran. Jangan mudah percaya”, tulisnya.

Sumber: Mimi Shafie|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular