- Era Baru Malaysia - http://mb.erabaru.com.my -

600 orang guru dan pelajar sekolah di Bangalore, India mengamalkan Falun Dafa, inspirasi daripada mimpi pengetua sekolah

Kisah tentang pengetua sekolah menengah di Bangalore, India, telah tersebar di bandar Chintamani. Beberapa tahun yang lalu, pengetua tersebut, Varkey mengalami mimpi di mana dia melihat ramai orang mengamalkan amalan kerohanian di dataran besar.

Dia berasa kagum dan mula mencari apakah amalan yang dilakukan oleh orang di dalam mimpinya. Dua tahun kemudian, seolah-olah dengan nasib, dia mendapat tahu bahawa amalan itu dipanggil Falun Dafa (juga dikenali sebagai Falun Gong [1]) dan ia bebas untuk dipelajari oleh semua orang.

Dia menjemput pengamal amalan meditasi diri ini untuk mengajar para pelajar dan guru, yang mengatakan bahawa mereka mempunyai lebih banyak tenaga selepas melakukan meditasi tersebut. Ia juga membuatkan pelajar lebih tertumpu pada pembelajaran mereka.

Pada 18 Jun,  Varkey sekali lagi menjemput para pengamal. Di pintu masuk sekolah, mereka melihat huruf besar berwarna emas yang tertulis:  ‘Falun Dafa is good’ (Falun Dafa adalah Baik) dan ‘Truthfulness-Compassion-Tolerance’ (Sejati, Baik dan Sabar).

Varkey dan isterinya, Rose Ma turut mengundang pengamal Falun Gong ke rumah mereka, yang terletak di kampus. Rose memberitahu mereka kisah yang luar biasa.

Suatu pagi, dia melihat sebuah lambang roda Falun berwarna perak yang berputar di rumahnya, dan dia dapat melihat struktur dalaman Falun. Ia terus berputar ketika ia bergerak ke arah siling. Dia terkejut dan kagum memerhatikannya sebelum ia hilang sebelum sampai ke siling.

Rose berkata, “Falun itu bersinar dalam cahaya perak yang sangat terang, dan di dalamnya saya dapat melihat corak yang berwarna-warni.”

(Pelajar membaca Zhuan Falun, buku utama Falun Dafa)

Lebih 600 pelajar dan ahli fakulti mempelajari lima set latihan Falun Dafa daripada para pengamal yang dijemput. Pelajar kemudian membaca Zhuan Falun untuk bacaan waktu pagi mereka.

Era Baru

loading...