“Takutlah nak makan makanan ni, nanti gemuklah!”

Memang ramai sebenarnya yang begitu prihatin terhadap makanan yang dimakan kerana tidak mahu saiz badan terjejas apatah lagi sehingga mengganggu kesihatan. Kerisauan tersebut menyebabkan anda terlalu berhati-hati memilih makanan dan tanpa sedar anda telah meninggalkan makanan yang mengandungi vitamin yang penting untuk badan.

Ketahuilah bahawa ada makanan yang tidak menggemukkan walaupun anda makan sampai kenyang! Ini kerana makanan-makanan tersebut mempunyai kalori rendah dan kaya dengan serat.

1. Bertih jagung

Makan bertih jagung kosong (tanpa butter dan gula) tidak menggemukkan anda. Makanlah tanpa rasa bimbang. Secawan bertih jagung tanpa perasa tersebut hanya mengandungi 31 kalori.

Gambar Hiasan | Keegan Evans – Pexels

2. Terung

Terung bakar atau terung panggang tanpa minyak mengandungi 24 kalori. Oleh itu, makanlah terung tersebut tanpa rasa bimbang.

maxpixel

3. Saderi

95% air terkandung dalam saderi. Jadi tidak hairanlah saderi dapat membantu mengurangkan berat badan serta menyahtoksikkan badan anda.

maxpixel

4. Brokoli

Brokoli mengandungi antioksidan, vitamin C dan serat yang membantu pencernaan sekali gus mencegah sembelit. Cara terbaik untuk memasak brokoli ialah dengan cara mengukus supaya vitamin dan nutrisi penting yang terdapat di dalamnya tidak hilang.

pexels

5. Salad

Kandungan asid folik dalam salad adalah tinggi dan tidak menggemukkan anda walaupun anda makan salad dengan banyaknya.

maxpixel

6. Buah beri

Semua jenis buah beri kaya dengan vitamin C dan membantu pencernaan badan.

pexels

7. Nanas

Buah yang lazat ini adalah ‘kawan’ kepada mereka yang mahu turunkan berat badan. Bromelain yang terkandung dalam nanas membantu memecahkan lemak.

maxpixel

8. Epal dan plum

Buah-buahan ini memang sesuai dimakan kerana kandungan vitamin C dan potassium yang tinggi membantu mengatasi masalah obesiti.

maxpixel

9. Telur

Anda boleh makan telur pada bila-bila masa sahaja tanpa bimbang tentang kegemukan badan. Sudah tentu telur rebus lebih baik daripada telur goreng!

pexels

10. Ubi bit

Ubi bit mengandungi sumber nutrien yang tinggi dengan nilai 40 kalori. Ubi bit begitu berkhasiat dan membantu membakar lemak dan mengawal gula dalam darah.

pxhere

11. Timun

Timun adalah salah satu jenis sayuran yang membantu menurunkan berat badan. Makanlah timun tanpa rasa ragu kerana badan anda boleh menjadi langsing tanpa sebarang ancaman bahaya.

maxpixel

12. Alga

Sumber terbaik iodin ialah alga. Alga membantu menjaga hormon supaya berada pada paras normal dan mencegah anda daripada mengalami kenaikan berat badan.

paxhere

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular