Semua orang tahu bahawa sekarang adalah musim durian di beberapa buah kawasan di Malaysia. Durian, seperti mana yang diketahui, mempunyai rasa yang enak, berlemak, sedikit pahit tetapi cukup membuatkan semua penggemarnya ‘naik gila’ apabila memakannya.

Gambar sekadar hiasan | Gliezl Bancal – Unsplash

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa raja buah ini mempunyai bau yang agak kuat dan mampu kekal lama dalam sesuatu kawasan, namun faktor ini ternyata langsung tidak menjadi penghalang kepada semua penggemar durian yang sentiasa ternanti-nanti kedatangan musim durian.

Tetapi, mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa buah durian tidak seharusnya digandingkan dengan 5 makanan atau minuman yang tertentu kerana boleh memudaratkan diri. Oleh sebab itulah, menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda 5 jenis makanan atau minuman yang tidak seharusnya diambil bersama dengan buah durian.

1. Susu

Gambar sekadar hiasan |  Eiliv-Sonas Aceron – Unsplash

Susu yang diminum bersama dengan durian boleh meningkatkan tekanan darah manusia. Hal ini kerana durian mengandungi kandungan sulfur yang turut sama dimiliki oleh susu. Jadi, jika kedua jenis makanan dan minuman ini diambil bersama, maka tubuh manusia tidak mampu untuk berfungsi sepenuhnya bagi mengeluarkan dan menghancurkan toksin.

2. Kopi

Gambar sekadar hiasan | Janko Ferlič – Unsplash

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa kopi juga adalah dilarang untuk diambil bersama dengan durian. Hal ini adalah kerana kafien aktif dalam kopi akan melajukan degupan jantung manusia sekaligus boleh menyebabkan suhu badan manusia meningkat. Oleh itu, disebabkan kedua jenis makanan dan minuman ini mempunyai kesan yang sama, maka gandingan kopi dengan durian bukanlah satu idea yang bagus terutamanya bagi pesakit jantung.

3. Terung

Gambar sekadar hiasan | HELENE VALENZUELA/AFP/Getty Images

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa terung mempunyai kesan yang sama seperti pengambilan kopi yang mana kedua jenis makanan ini boleh meningkatkan suhu badan manusia. Oleh itu, terung juga adalah makanan yang tidak sepatutnya digandingkan bersama buah durian.

4. Ketam

Gambar sekadar hiasan | Justin Sullivan/Getty Images

Ketam yang dimakan bersama dengan durian adalah berbahaya kepada manusia terutamanya bagi seseorang yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

Hal ini adalah kerana isi ketam mengandungi kolestrol yang tinggi, begitu juga dengan buah durian yang mengandungi karbohidrat serta lemak yang tinggi. Oleh itu, sebaik-baiknya, hindari daripada memakan ketam bersama dengan durian.

5. Daging lembu dan kambing

Gambar sekadar hiasan | Jez Timms – Unsplash

Suhu tubuh badan manusia cenderung untuk meningkat apabila memakan daging lembu dan kambing. Begitu juga halnya dengan kesan yang diterima oleh tubuh badan manusia apabila memakan durian.

Oleh itu, gabungan kedua jenis makanan ini adalah tidak baik untuk tubuh badan manusia dan boleh mengakibatkan keradangan atau inflamasi pada tubuh.

Sentiasalah berhati-hati ketika menjamu selera dan pastikan anda tidak mengambil makanan yang tidak seharusnya dimakan bersama!

Sumber: Goodyfeed.com

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular