Oleh kerana berasa tidak selesa dengan penampilan diri dan sering diejek kerana berbadan gempal, seorang gadis bernama Ainnur @ainnurzlkifli mengambil keputusan menurunkan berat badan.

Hasilnya dalam masa 6 bulan, Ainnur telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 35 kilogram. Transformasi dan hasil usaha gigih yang mengagumkan.

@ainnurzlkifli/Twitter

Ikuti petua yang dikongsikan oleh Ainnur dalam usaha menurunkan berat badan yang mungkin boleh diikuti oleh anda.

Dalam ‘posting’ Ainnur di laman Twitter, gadis ini berkongsi bagaimana dia membuat keputusan untuk menurunkan berat badan setelah berasa tidak selesa dan mula menjadi malu melihat diri sendiri.

@ainnurzlkifli/Twitter

Ainnur sering diejek dan ditolak kerana penampilannya yang montel. Jadi dengan kerelaan diri sendiri, dia menyimpan tekad lantas terus bersedia secara mental dan fizikal untuk menurunkan berat badan.

Pada peringkat awal, bermula pada bulan Ramadan tahun lalu, Ainnur cuba untuk mengurangkan pengambilan makanan. Dia makan menggunakan pinggan yang kecil serta minum banyak air sebelum makan bagi memastikan dirinya cepat kenyang dan tidak menambah makanan.

@ainnurzlkifli/Twitter

Ainnur juga makan dan mengunyah makanan dengan perlahan supaya makanan dapat dihadam dengan baik disamping cepat berasa kenyang. 

Gadis ini mula mengamalkan diet dengan mengurangkan pengambilan nasi dan makanan berlemak serta makan lebih sayur-sayuran dan ikan.

@ainnurzlkifli/Twitter

Selepas bulan Ramadan berakhir, Ainnur meneruskan cara pemakanan yang sihat tetapi tidak dapat menahan diri daripada terus berlapar. Oleh kerana dia mahu kurus tetapi tetap mahu menikmati makanan lazat seperti orang lain, maka gadis ini mula melakukan senaman, dan ia sangat membantu menurunkan berat badannya dengan lebih efektif.

Ainnur mula pergi ke gimnasium sebanyak 5 kali dalam seminggu, sebaik sahaja pulang dari sekolah. Katanya, “Saya melakukan senaman kardio selama 40 minit dalam sehari. Apabila naik mesin ‘elliptical’ dan melakukan senaman, saya teringat mereka yang memanggil saya gemuk, dan ia terus memberi motivasi dan keazaman.”

@ainnurzlkifli/Twitter

Selepas memulakan senaman, Ainnur terus menjaga pemakanannya dengan hanya mengambil tidak lebih 1000 kalori dalam sehari. Dengan mengunakan aplikasi ‘myfitnesspal’, gadis ini dapat mengira dan mengawal pengambilan kalori dalam sehari. Ainnur juga mengurangkan pengambilan makanan segera dan berlemak.

Akhirnya dalam jangka masa 6 bulan, Ainnur telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 35 kilogram. Satu pencapaian yang amat mengagumkan. Katanya, selepas berjaya menjaga pemakanan, secara tidak langsung kulitnya juga menjadi lebih lembut dan cantik.

@ainnurzlkifli/Twitter

Harapan Ainnur buat mereka yang ingin menurunkan berat badan ialah seseorang itu perlu berusaha gigih dan jangan bersikap teragak-agak. Mereka perlu konsisten dan terus berazam untuk melihat hasil usaha menemui kejayaan.

Sumber : @ainnurzlkifli/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular