Seorang lelaki berusia 84 tahun, Lee Kim Siew, sering dilihat berada di kawasan Taman Rekreasi Wawasan yang terletak di Puchong, Selangor. Ekoran sering ke sana, dia mendapati bahawa terdapat sampah dibuang merata-rata dan ia ternyata mengganggu ketenteram pengunjung di sana.

Oleh yang demikian, dia mula mengutip sampah di taman berkenaan sebanyak 6 hari dalam tempoh seminggu, selain berharap ia mampu memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengitar semula sampah.

Free Malaysia Today

Berdedikasi untuk memastikan kebersihan alam sekitar, Lee berterusan membersihkan kawasan taman berkenaan dalam tempoh 5 tahun dengan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 2-3 jam dalam satu sesi.

Lee akan membersihkan sampah di kawasan tersebut sehinggalah menggali longkang untuk mengeringkan laluan banjir. Antara sampah yang selalu dijumpainya adalah seperti botol-botol, pembalut bungkusan makanan sehinggalah sampah kecil seperti puntung rokok.

Sungguh mengagumkan apabila Lee bukan sahaja mengutip sampah-sampah yang dibuang manusia bahkan turut membersihkan daun-daun kering yang gugur dan ranting-ranting yang telah patah daripada pokok.

Free Malaysia Today

Setiap pagi, akan ada sebuah beg sampah ditangannya. Menurut Lee, dia terpaksa memperlahankan aktiviti pembersihannya kerana faktor usia, di mana dia hanya menghabiskan sebanyak 4-5 hari sahaja dalam seminggu.

“Jika boleh, saya mahu teruskannya. Tetapi saya tidak tahu, saya semakin tua. Tahun hadapan saya akan menginjak ke usia 85 tahun. Makin sukar untuk saya berjalan,” jelas bekas guru besar ini.

Free Malaysia Today

Apa yang menyeronokkan menurut Lee adalah apabila sesetengah individu telah mengubah tabiat buruk mereka, dengan tidak membuang sampah merata-rata lagi. Namun, masih ada lagi segelintir yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Free Malaysia Today

“Saya mahu menggalakkan orang ramai agar membuang sampah di tempat yang betul. Kadang kala, ada orang yang membantu saya apabila mereka melihat saya mengutip sampah,” tambahnya.

Sungguh besar sumbangan yang telah dilakukan oleh Lee. Jadi apa alasan kita untuk tidak melakukan perkara yang sama? Semoga orang ramai akan terinspirasi daripada kisah ini dan mula bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar kita bersama-sama. 

Sumber: World of BuzzFree Malaysia Today

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular