Anak-anak yang masih kecil hanya mengetahui bahawa ibunya itu adalah satu-satunya tempat buatnya bergantung dan meluahkan kasih sayang.

Tidak kira sama ada manusia mahupun haiwan. Apabila sesuatu terjadi kepada si ibu, anak-anak akan tetap mencari ibu mereka dan akan bersedih sekiranya terasa kehilangan. Situasi inilah yang telah terjadi kepada seekor anak badak sumbu yang telah kehilangan ibu buat selama-lamanya.

Seekor badak sumbu kecil yang masih bayi tidak mengerti apa-apa apabila melihat ibunya sedang terbaring kaku dan tidak lagi bernyawa dengan sumbunya telah diambil pemburu haram.

Satu rakaman video yang dikongsi oleh pegawai Perkhidmatan Perhutanan India, Parveen Kaswan di Twitter menunjukkan anak badak sumbu cuba mengejutkan ibunya yang sudah terbunuh akibat ditembak pemburu haram.

@ParveenKaswan/Twitter

Parveen Kaswan dalam kapsyen di Twitter menulis, “Seekor badak sumbu yang masih bayi cuba mengejutkan ibunya, yang telah dibunuh oleh pemburu haram untuk sumbunya. Amat meluluhkan jiwa dan membuka mata semua.”

@ParveenKaswan/Twitter

Saat menyedihkan apabila melihat anak kecil ini giat berusaha dengan harapan untuk melihat ibunya membuka mata, bangun dan menyusukannya serta terus memberinya dakapan kasih sayang. Cuba bayangkan diri anda berada di tempat anak badak sumbu ini.

@ParveenKaswan/Twitter

Kita semua mengetahui spesies badak sumbu adalah spesies yang terancam walaupun terdapat usaha membiak baka di habitatnya telah membuahkan hasil dan kejayaan. 

Namun, tindakan pemburu haram melakukan jenayah membunuh haiwan liar ini untuk mendapatkan keuntungan daripada sumbunya akan terus memberi kesan terhadap usaha berterusan pihak prihatin yang mahu memelihara spesies badak sumbu daripada mengalami kepupusan.

Lihat rakaman video yang menyedihkan ini di bawah:

Sumber : @ParveenKaswan/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular